Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

10) RUMAH KOS RENDAH

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah kerajaan untuk memastikan rumah kos rendah kekal pada RM42000 dan tidak melambung naik sepertimana harga rumah kos rendah sederhana dan tinggi?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor masih lagi mengekalkan harga jualan bagi Rumah Kos Rendah adalah tidak melebih RM42,000.00 seunit. Antara langkah pengawalan yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan harga jualan Rumah Kos Rendah kekal dijual pada harga yang ditetapkan, adalah dengan menjadikan ia sebagai harga kawalan yang dinyatakan terus dalam surat kelulusan sama ada kelulusan tukar syarat tanah, atau pemberimilikan tanah atau pecah sempadan atau permohonan secara serentak. Oleh itu, sebarang pindaan penyediaan dan harga jualan perlu di bawa ke pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri dan tidak boleh sewenang-wenangnya dinaikkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.