Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
219) RUMAH KOS RENDAH
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah peruntukan yang telah digunakan bawah skim ceria mengikuti kawasan DUN?
- Sejumlah RM97,816,388.14 telah digunakan di bawah Skim CERIA bermula tahun 2011 sehingga tahun 2018. Rekod peruntukan yang telah digunakan bagi Skim CERIA mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah seperti berikut:
BIL. PBT JUMLAH PERUNTUKAN (RM)
JUMLAH PROJEK 1 Majlis Bandaraya Shah Alam 8,154,982.31 37 2 Majlis Bandaraya Petaling Jaya 28,085,772.87 60 3 Majlis Perbandaran Klang 9,919,916.09 24 4 Majlis Perbandaran Subang Jaya 10,140,131.57 40 5 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 18,061,062.59 51 BIL. PBT JUMLAH PERUNTUKAN (RM)
JUMLAH PROJEK 6 Majlis Perbandaran Kajang 8,560,989.77 39 7 Majlis Perbandaran Selayang 6,787,606.23 29 8 Majlis Perbandaran Sepang 5,790,998.10 11 9 Majlis Daerah Hulu Selangor 427,331.70 2 10 Majlis Daerah Kuala Selangor 1,144,680.60 2 11 Majlis Daerah Kuala Langat 742,916.31 6 JUMLAH 97,816,388.14 301 NOTA
LPHS tidak mempunyai rekod CERIA berdasarkan kawasan DUN.
-
Apakah rancangan kerajaan untuk menyelesaikan masalah infrastruktur rumah kos rendah? Terutamanya yang tanpa penubuhan JMB.
Pada pandangan Kerajaan Negeri tindakan penyelesaian mewujudkan pihak pengurusan pangsapuri hendaklah dilaksanakan terlebih dahulu dengan melantik jawatankuasa badan pengurusan bersama (JMB) atau perbadanan pengurusan (MC) di kalangan pemilik pangsapuri terlibat. Sekiranya pemilik pangsapuri masih enggan menjadi jawatankuasa, pihak Pesuruhjaya Bangunan (COB) boleh melantik ejen pengurusan untuk menguruskan pangsapuri selaras dengan Seksyen 86, Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757].
Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri turut menerima input daripada COB Bangunan kesukaran untuk melantik ejen pengurusan bagi kawasan terbabit. Oleh itu, sebagai insentif kepada ejen pengurusan yang bersedia menguruskan pangsapuri kos rendah yang bermasalah ini, pada tahun 2019 Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM400,000.00 di bawah program Squad Pemberdayaan Komuniti (K-Squad) bagi membiayai 50% fi ejen pengurusan berdasarkan kadar yang ditetapkan oleh Jadual 7, Akta Penilai, Pentaksir Dan Ejen Harta Tanah 1981 [Akta 242] bagi tempoh 6 bulan sahaja. Manakala, bagi pembiayaan fi ejen pengurusan untuk tempoh 6 bulan selanjutnya akan dibiayai melalui hasil kutipan caj penyenggaraan daripada pemilik.
Justifikasi tindakan penyelesaian mewujudkan pihak pengurusan pangsapuri hendaklah dilaksanakan terlebih dahulu sebelum bantuan menyelesaikan
infrastruktur pangsapuri kos rendah diberikan adalah bagi memastikan bantuan tersebut dinikmati dan dijaga baik oleh penduduk di bawah seliaan JMB, MC atau ejen pengurusan yang dilantik oleh COB.
-
Adakah kerajaan boleh mengambil alih penyelenggaraan lampu jalan dan pembersihan di kawasan luar bangunan?
Berdasarkan rekod daripada COB, PBT Kerajaan Negeri mendapati pengambilalihan penyenggaraan lampu jalan dan pembersihan di kawasan luar bangunan akan melibatkan implikasi kewangan setahun sejumlah RM179,695,112.88. Pengambilalihan ini juga memberi implikasi kepada aspek perundangan kerana perlu mengambil kira lot sempadan pemilikan tanah antara pihak berkuasa tempatan dan pihak pengurusan pangsapuri (pemaju/JMB/MC/ejen pengrusan yang dilantik COB). Oleh itu, Kerajaan Negeri perlu membuat kajian yang terperinci sebelum bersedia untuk mengambilalih penyenggaraan lampu jalan dan pembersihan tersebut.