Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

17) RUMAH KERAJAAN PRIHATIN

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk meningkatkan jumlah peruntukan bagi Skim Rumah Kerajaan Prihatin supaya lebih ramai rakyat golongan B40 dapat menerima manfaat skim tersebut?

    Saya menyambut baik pertanyaan Yang Berhormat Pelabuhan Klang bagi cadangan meningkatkan jumlah peruntukan di bawah Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin untuk membantu lebih ramai keluarga menerima manfaat dari program ini khususnya golongan B40. Untuk makluman ahli – ahli Yang Berhormat sekalian, peruntukan di bawah Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin sejak tahun 2008 adalah sebanyak RM1 juta sahaja. Peruntukan ini pernah dinaikkan kepada RM1.5 juta pada tahun 2018 dan kemudian diturunkan kembali kepada RM1 juta pada tahun 2019 sehingga kini. Untuk makluman Yang Berhormat Pelabuhan Klang dan Yang Berhormat yang lain, had siling bagi membina baru rumah di bawah Program Kerajaan Prihatin adalah sebanyak RM50,000.00 bagi seunit rumah manakala had siling bagi membaiki rumah pula adalah sebanyak RM20,000.00 bagi sebuah rumah bergantung kepada kerosakan yang dialami. Mengikut logiknya, satu daerah hanya dapat menampung anggaran kelulusan hanya satu (1) bina baru rumah dan tiga (3) baikpulih sahaja. Disebabkan hal ini, Jawatankuasa terpaksa memohon sumbangan peruntukan daripada anak – anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor bagi menampung kelulusan permohonan yang melebihi kuota peruntukan semasa. Untuk makluman Yang Berhormat Pelabuhan Klang, perkara ini telah lama dibangkitkan dan terkini, satu kertas cadangan bagi penambahbaikan Program Bantuan Rumah Kerajaan akan diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dengan memfokuskan hanya bantuan baikpulih sahaja serta cadangan meningkatkan peruntukan di bawah program ini kepada RM2 juta sekurang – kurangnya. Dengan penambahbaikan ini, lebih ramai keluarga dapat dibantu untuk mendiami rumah yang lebih selesa di bawah Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin. Cadangan pemansuhan kategori bantuan bina baru rumah di bawah Program Kerajaan Prihatin adalah mengambil kira kos pembinaan semasa sebuah rumah berkeluasan 660 kaki persegi adalah dalam anggaran RM85,000.00 bagi seunit rumah.

  2. Berapakah jumlah keseluruhan permohonan yang telah berjaya dan tidak berjaya, diterima oleh Kerajaan Negeri dari tahun 2018 sehingga kini mengikut pecahan DUN?

    Untuk makluman Yang Berhormat Pelabuhan Klang, permohonan Bantuan Rumah di bawah Program Kerajaan Prihatin adalah terbuka kepada seluruh rakyat di Negeri Selangor dengan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Di bawah program ini, Kerajaan Negeri Selangor telah membantu ramai keluarga bagi mendapatkan sebuah rumah yang selesa untuk didiami. Walau bagaimanapun, permohonan di bawah program ini tidak dipecahkan mengikut kawasan DUN. Berikut adalah senarai permohonan serta kelulusan di bawah Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin mengikut pecahan daerah dari tahun 2018 hingga 2021 :-

Lampiran

Tiada Lampiran.