Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
38) RUMAH KERAJAAN PRIHATIN
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah dibuat kajian perbandingan semula nilai kos rumah ini dengan Lzs?
Kerajaan Negeri amat prihatin dengan permasalahan yang dihadapi oleh Pejabat Daerah di Negeri Selangor berhubung kontraktor tempatan yang enggan menyertai projek pembinaan rumah Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin di peringkat daerah berikutan „margin’ keuntungan yang diperolehi adalah dalam kuantiti yang sedikit. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri bersedia untuk menjalankan perbandingan dan kajian semula terhadap kos – kos sedia yang didapati tidak lagi relevan bagi daerah – daerah tertentu pada masa kini akibat daripada penguatkuasaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi menjamin kebajikan golongan miskin di Negeri Selangor terbela.
Berikut adalah jadual yang menunjukkan bilangan kelulusan mengikut tahun yang masih belum dibina di peringkat daerah:
BIL
DAERAH
BINA BARU RUMAH 2014 2015 1. Sabak Bernam 12 – 2. Klang – 8 3. Petaling – 4 4. Gombak – 5 5. Kuala Selangor – Selesai 6. Kuala Langat – 3 7. Hulu Langat – 2 8. Hulu Selangor – Selesai 9. Sepang – Selesai JUMLAH 12 22 -
Berapakah bilangan kelulusan mengikut tahun yang masih belum di bina mengikut daerah?
Sama seperti di SUB(a)
-
Apakah punca permasalahan binaan tidak dilaksanakan?
Sama seperti di SUB(a)