Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

156) RUMAH IDAMAN

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik terkini permohonan Rumah IDAMAN sehingga kini mengikut daerah.

    Statistik terkini permohonan Rumah IDAMAN sehingga kini mengikut daerah adalah seperti berikut :

  2. Nyatakan peratusan permohonan Rumah Idaman yang telah berjaya, tidak layak dan menunggu.

    Peratusan permohonan Rumah Idaman yang telah berjaya adalah seramai 3,507 pemohon, tidak berjaya adalah seramai 529 pemohon dan senarai menunggu seramai 218 pemohon manakala baki seramai 1,044 dalam proses semakan dokumen dan kelayakan pinjaman sebelum pembelian dibuat.

  3. Senaraikan Projek Rumah Idaman mengikut DUN dan projek telah siap.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Insentif Galakan Pembinaan Rumah Mampu Milik (Rumah Selangorku Harapan dan Rumah Idaman MBI) Pasca Covid-19 telah mula diperkenalkan pada tahun 2020. Sehingga kini, masih belum ada projek Rumah Idaman MBI yang siap sepenuhnya di lapangan. Walaubagaimanapun, sebanyak 4,819 unit (3 projek) sedang dibangunkan manakala lagi 39,485 unit (18 projek) dalam peringkat perancangan. Kerajaan Negeri merekodkan projek Rumah Idaman MBI mengikut daerah dan berikut merupakan pecahan projek: –

Lampiran

Tiada Lampiran.