Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
38) RUMAH IDAMAN
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan projek Rumah IDAMAN yang telah siap dan bilangan unit mengikut DUN atau DAERAH?
Untuk makluman Yang Berhormat, Insentif Galakan Pembinaan Rumah Mampu Milik (Rumah Selangorku Harapan dan Rumah Idaman MBI) Pasca Covid-19 telah mula diperkenalkan pada tahun 2020. Sehingga kini, masih belum ada projek Rumah Idaman MBI yang siap sepenuhnya di lapangan. Walaubagaimanapun, sebanyak 4,819 unit (3 projek) sedang dibangunkan manakala lagi 39,485 unit (18 projek) dalam peringkat perancangan. Kerajaan Negeri merekodkan projek Rumah Idaman MBI mengikut daerah dan berikut merupakan pecahan projek: –
-
Apakah sebab utama projek Rumah IDAMAN yang dalam perancangan masih tiada apa apa tindakan? Nyatakan masalah - masalah yang melambatkan projek bermula.
Terdapat beberapa projek Rumah Idaman MBI masih lagi dalam peringkat perancangan disebabkan proses memperoleh kelulusan pembangunan daripada pihak berkuasa tempatan mengambil masa yang panjang daripada yang dijadualkan. Kerajaan Negeri telah mengenal pasti punca kelewatan tersebut seperti berikut :-
1. Menteri Besar Incorporated (MBI) selaku penyelaras projek masih dalam proses memuktamadkan Perjanjian Usahasama (JV) bersama pihak pemaju.
2. Terdapat kontraktor yang menarik diri daripada tawaran awal menyebabkan pihak usahasama perlu membuat lantikan semula kontraktor.
3. Terdapat kes dimana pemaju dikehendaki meminda kelulusan pembangunan daripada pihak PBT untuk disesuaikan dengan keadaan sedia ada di lapangan.
Pandemik COVID-19 yang melanda negara serta perlaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) telah menyebabkan kelewatan dalam proses penyediaan pelan pembangunan oleh pihak pemaju.