Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

293) RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan peruntukan Rumah Ibadat Selain Islam bagi tahun 2015 yang telah digunakan mengikut jenis rumah ibadat.

    1. Peruntukan Rumah Ibadat Selain Islam bagi tahun 2015 yang telah digunakan sehingga 31 Julai 2015 adalah seperti berikut :

     

     

    BIL.

    JENIS RUMAH IBADAT PECAHAN

    PERUNTUKAN 2015

    PERBELANJAAN SEMASA PERATUS PERBELANJAAN
    1. TOKONG 3,678,600.00 1,264,400.00 34.37%
    2. KUIL 1,748,400.00 1,507,380.00 86.21%
    3. GEREJA 573,000.00 250,000.00 43.63%
    JUMLAH 6,000,000.00 2,998,000.00 50.36%

     

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang memperuntukkan sejumlah wang untuk membayar elaun bulanan pusari di kuil yang berdaftar? Jika tidak, nyatakan sebabnya

    Pada masa ini Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk membayar elaun bulanan pusari di kuil-kuil kerana ianya tidak termasuk di dalam fungsi dan peranan Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam. Peruntukan ini adalah digunakan hanya untuk baikpulih infra (fizikal) dan juga pembiayaan program

Lampiran

Tiada Lampiran.