Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

198) RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah rumah ibadat selain Islam di Selangor mengikut agama?

    Jumlah rumah Ibadat Selain Islam yang direkodkan di Selangor adalah sebanyak 1,898 buah. Ia adalah terdiri daripada kuil, tokong, gereja dan gudwara. Jadual berikut adalah jumlah RIBI mengikut pecahan agama :

    BIL PBT RUMAH IBADAT JUMLAH
    KUIL TOKONG GEREJA GUDWARA
    1. MBSA 60 15 12 1 88
    2. MBPJ 44 52 37 1 134
    3. MPSJ 68 57 4 4 133
    4. MPKJ 57 101 11 169
    5. MPS 39 34 1 3 77
    6. MPK 165 297 13 2 477
    7. MPAJ 12 55 3 2 72
    8. MPSP 28 26 3 57
    9. MDKS 190 68 14 1 273
    10. MDSB 5 47 1 53
    11. MDKL 125 78 9 1 213
    12. MDHS 50 90 6 6 152
    JUMLAH 843 920 114 21 1,898

    Jadual : Jumlah RIBI mengikut PBT

     

  2. Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan semua agama di Selangor terus kekal aman dan harmoni?

    Usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan semua agama di Selangor terus kekal aman dan harmoni adalah dengan meningkatkan kesefahaman dan penghayatan ketamadunan budaya majmuk masyarakat dengan menganjurkan program perayaan bagi setiap agama secara terbuka bagi membolehkan semua masyarakat di Negeri Selangor dapat bersama-sama merasai dan memahami budaya agama yang lain. Ini akan meningkatkan rasa hormat menghormati antara kaum kerana masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk menyambut hari kebesaran masing-masing.

    Kerajaan Negeri juga menyalurkan peruntukan kepada semua jenis rumah Ibadat Selain Islam melalui persatuan-persatuan yang menguruskan rumah ibadat tersebut untuk melaksanakan aktiviti keagamaan serta membaikpulih bangunan keagamaan supaya lebih kondusif untuk beribadat. Pengagihan ini bagi menghidupkan amalan keagamaan mengikut agama yang dianuti seperti sambutan perayaan, aktiviti pendidikan agama dan bantuan pengajaran dan pembelajaran keagamaan dan seumpamanya.

Lampiran

Tiada Lampiran.