Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
42) RUMAH IBADAT ISLAM DAN BUKAN ISLAM
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai garis paduan perancangan berkenaan pembinaan rumah ibadat Islam dan rumah ibadat selain Islam?
Kerajaan Negeri merujuk MANUAL GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN NEGERI SELANGOR yang dikeluarkan oleh pihak JPBD Negeri Selangor sebagai panduan perancangan penyediaan kemudahan keagamaan tempat ibadat Islam dan selain Islam. Garis panduan tersebut menetapkan piawaian yang tertentu bagi kemudahan keagamaan seperti Masjid, Surau dan Tempat Ibadat Selain Islam seperti jadual dibawah:
Rumah Ibadat Keluasan Tadahan penduduk Masjid 2.5 ekar (minimum) 20,000 orang Surau 0.5 ekar (minimum) 2,500 orang Tokong Tidak melebihi 0.5
hektar
5,000 orang /
2,600 penganut
Kuil Gereja Lain-lain Di samping itu, bagi Rumah Ibadat Selain Islam, Kerajaan Negeri juga menggunapakai Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bilangan 8/2011 iaitu Garis Panduan Kegunaan Tanah untuk Tujuan Rumah Ibadat Bukan Islam di Negeri Selangor yang menjelaskan perkara berikut:
- Tempoh pajakan 99 tahun
- Cukai tanah tahunan RM1.00 (nominal)
- Mendapat perakuan Jawatankuasa HESI
- Diwartakan dan dikawal oleh Setiausaha Kerajaan Negeri
- Diurus tadbir oleh persatuan agama / pemegang amanah
-
Mengapakah garis paduan berkenaan tidak dijadikan syarat-syarat dalam setiap Kebenaran Merancang yang diberikan oleh PBT?
MANUAL GARIS PANDUAN DAN PIAWAIAN PERANCANGAN NEGERI SELANGOR telah menjadi panduan dan digunapakai oleh semua PBT dan Pejabat Tanah Dan Daerah di Negeri Selangor dalam memberi pertimbangan dalam setiap permohonan Kebenaran Merancang yang