Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

86) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM (RIBI)

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan saiz tanah eksekutif dan lokasi yang diberikan kepada rumah ibadat untuk bukan islam mengikut agama pada tahun 2024.

    Senarai tanah dan lokasi yang diwartakan sebagai tapak rumah ibadat selain Islam mengikut agama pada tahun 2024 adalah seperti berikut:

    BIL JENIS RUMAH IBADAT DAERAH LOKASI YANG TELAH DIWARTAKAN SAIZ KELUASAN TAPAK
    1 Tokong Hulu Selangor Seksyen 18 Bandar Kuala Kubu Bharu Daerah Hulu Selangor 0.228 ekar
    2 Tokong Kuala Selangor Lot 44935 Ijok Daerah Kuala Selangor 1.249 ekar
    3 Gereja Kuala Selangor Lot 52331 Ijok Daerah Kuala Selangor 0.257 ekar
    4 Gereja Petaling PN4848 Lot 28 Dan PN4812 Lot 29 Seksyen 7, Bandar Petaling Jaya, Daerah Petaling 0.2328 ekar (Plot A) & 0.2503 ekar (Plot B)
  2. Berapakan jumlah perbelanjaan bagi rumah ibadat bukan islam mengikut agama pada tahun 2024?

    Jumlah penyaluran peruntukan bagi rumah ibadat bukan Islam mengikut agama pada tahun 2024 adalah seperti berikut:

    BIL JENIS RUMAH IBADAT JUMLAH (RM)
    1 Tokong 3,501,300.00
    2 Kuil 1,687,000.00
    3 Gereja 564,500.00
    4 Gurdwara 61,932.00
    JUMLAH KESELURUHAN 5,814,732.00

Lampiran

Tiada Lampiran.