Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

89) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM (RIBI)

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. RIBI merupakan salah satu tempat berpotensi menjadikan tempat pelancongan yang menarik. Adakah kerajaan berancang untuk membantu dalam hal ini seperti memberi insentif kepada mereka yang cuba berbuat demikian?

    Terdapat rumah ibadat bukan islam (RIBI) yang menjadi pusat tumpuan pelancong seperti Kuil di Batu Caves, Fo Guang Shan Dong Zen Temple di Kuala Langat dan Qi Jian Xian Shi Fo Zu Gu Miao Temple di Kuala Selangor. Kerajaan Negeri bersedia menerima cadangan daripada badan pengurusan rumah ibadat bukan islam ini untuk menjadikan tempat keagamaan ini sebagai salah satu destinasi pelancongan yang perlu dilawati oleh para pelancong di Negeri Selangor.

    Sehingga kini, tiada insentif khas yang disediakan bagi membantu menjadikan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) untuk dijadikan tempat pelancongan. Walaubagaimanapun, pihak RIBI tersebut boleh mengemukakan cadangan kepada pihak Tourism Selangor, melalui program pitching Pelan Pemulihan Bagi Semarakkan Semula Sektor Pelancongan Domestik Selangor Tahun 2022 . Untuk tujuan promosi, Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor akan membantu dari aspek pemasaran seperti berikut:-

    • Memasukkan produk tersebut di dalam direktori pelancongan Selangor seperti Fun Map, Pakej Pelancongan dan Booklet Pelancongan ‘Pusing Selangor Dulu’.
    • Penganjuran program FAM (Familiarization) Trip bersama media dan agensi pelancongan tempatan dan antarabangsa
    • Kempen Pengiklanan Digital dan atas talian seperti media sosial, pengiklanan google dan portal media.
    • Pembangunan pakej pelancongan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) bersama agensi pelancongan
    • Program promosi dalam dan luar negara seperti program jelajah, pameran dan konvensyen pelancongan.

Lampiran

Tiada Lampiran.