Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

60) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM (RIBI)

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Memohon senaraikan jumlah rumah ibadat bukan Islam berdaftar dan tidak berdaftar dalam Pentadbiran MPAJ serta tempoh operasi.

    Terdapat 4 buah rumah ibadat (tokong) yang mempunyai kelulusan / Kebenaran Merancang (KM) di dalam kawasan pentadbiran MPAJ. Manakala terdapat 25 buah rumah ibadat selain Islam yang tidak berdaftar / tiada Kebenaran Merancang (KM) iaitu dengan pecahan 12 buah tokong, 9 buah kuil dan 4 buah gereja. Butiran terperinci adalah seperti di Lampiran 1.

  2. Memohon senaraikan jumlah tapak rumah ibadat bukan Islam yang masih belum serah kepada mana mana pihak dalam Daerah Hulu Langat setakat Oktober 2018.

    Di dalam Daerah Hulu Langat di bawah kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), tiada tapak rumah ibadat selain Islam yang masih belum diserahkan kepada mana-mana pihak sehingga Oktober 2018.

    Walau bagaimanapun, terdapat 7 tapak yang dikhaskan untuk tujuan rumah ibadat Selain Islam di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) yang masih belum diserahkan iaitu 2 tapak terletak di Mukim Beranang dan 5 tapak di Mukim Semenyih. Butiran terperinci adalah seperti di Lampiran 2.

Lampiran

Tiada Lampiran.