Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

55) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM DI HULU SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan permohonan pewartaan tanah rumah ibadat bukan Islam di Hulu Selangor yang telah diluluskan sejak 2018.

    Untuk makluman Yang Berhormat Puan, setiap permohonan perizaban tanah Kerajaan bagi tujuan rumah ibadat bukan Islam di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara 1965 akan diproses oleh Pejabat Daerah/Tanah dan diangkat pertimbangan Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Buddha, Tao, Hindu, Kristian dan Sikh Negeri Selangor (LIMAS) terlebih dahulu sebelum diangkat pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) dan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor. Selepas tapak diukur halus oleh JUPEM, proses pewartaan akan dilaksanakan oleh Kamar Undang-undang.

    Berikut adalah status kelulusan perizaban tanah Kerajaan bagi tujuan rumah ibadat bukan Islam di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara 1965 sejak tahun 2018:

    BIL TAHUN PEMOHON TUJUAN MUKIM STATUS KELULUSAN
          1. 2018 Persatuan Penganut Dewi Kuan Yin Tang

     

    Tokong Kerling Nombor Warta 1788 bertarikh 26 April 2018 dan Nombor Warta 3430 bertarikh 13 September 2018.

     

          2. 2018 Persatuan Penganut Dewa Chong Kong Tong

     

    Tokong Bandar Serendah Nombor Warta 2972 bertarikh 16 Ogos 2018.

     

              1. 2018 Persatuan Penganut Arul Migu Maha Sivalinggeswarar

     

    Kuil Hindu Bandar Serendah Nombor Warta 3974 bertarikh 25 Oktober 2018 dan Nombor Warta 140 bertarikh 17 Januari 2019.

     

              2. 2018 Pertubuhan Berhala Sri Sithi Vinayagar Kuil Hindu Bandar Kuala Kubu Bharu

     

    Nombor Warta 3973 bertarikh 25 Oktober 2018.

     

              3. 2018 Persatuan Penganut Dewa Lam Chin Keong

     

    Tokong Ulu Yam Nombor Warta 3975 bertarikh 25 Oktober 2018.

     

              4. 2018 Persatuan Penganut Da Tok Kong Batang Kali Tokong Ulu Yam Diluluskan YAB Menteri Besar pada 15 Disember 2018.

    Dalam tindakan permohonan ukur halus PU No. 47/2019.

     

              5. 2019 Persatuan Penganut Dewa Nan Hock Kiong

     

    Tokong Hulu Yam Mesyuarat Jawatankuasa HESI Bil. 4/2019 menyokong permohonan ini.
              6. 2020 Persatuan Penganut Dewa Nan Tian Kiong

     

    Tokong Bandar Ulu Yam Bharu Nombor Warta 525 bertarikh 13 Februari 2020.

     

              7.

     

    2020 Sri Thandayuthapani Temple

     

    Kuil Hindu Bandar Serendah Nombor Warta 523 bertarikh 13 Februari 2020.

     

              8. 2020 Persatuan Penganut Dewa Chong Kong Tong Tokong.

    Batal warta WKN 2972/2018 dan ganti warta.

     

    Bandar Seredah Mesyuarat HESI Bil. 6/2020 menyokong pembatalan warta ini. Selesai proses pembatalan, akan diproses penggantian perizaban.
          1. 2021 Persatuan Penganut Yi Xiang Gon

     

    Tokong. Rasa Mesyuarat Jawatankuasa LIMAS Bil. 2/2021 menyokong permohonan ini.

     

          2. 2021 Persatuan Penganut Sri Maha Mariamman Bernam Jaya

     

    Kuil Kuala Kalumpang Mesyuarat Jawatankuasa LIMAS Bil. 4/2021 menyokong permohonan ini.

     

          3. 2021 Persatuan Penduduk Sikh Kalumpang

     

    Kuil Sikh Kuala Kalumpang Tindakan pewartaan oleh Kamar Penasihat Undang-undang.

     

          4. 2021 Persatuan Penganut Dewa Tham Koong Yea

     

    Tokong Bandar Batang Kali

     

    Tindakan pewartaan oleh Kamar Penasihat Undang-undang.

     

          5. 2021 Pengerusi Kuil Seri Maha Mariamman Bukit Beruntung

     

    Kuil Bandar Serendah Tindakan pewartaan oleh Kamar Penasihat Undang-undang.

     

          6. 2021 Malaysian Buddhist Association Tokong Bandar Batang Kali Tindakan pewartaan oleh Kamar Penasihat Undang-undang.

     

  2. Apakah status terkini terhadap permohonan tapak rumah ibadat bukan Islam oleh Gereja Morning Star Community Care Centre (no rujukan PTHS 8C/46/2018)?

    Untuk makluman Yang Berhormat Puan, permohonan ini telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (LIMAS) Bil. 3/2021 pada Jun 2021. Mesyuarat mencadangkan agar dialog/ perbincangan bersama penduduk setempat diadakan memandangkan terdapat bantahan penduduk sekitar terhadap permohonan perizaban di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara 1965 bagi tujuan rumah ibadat bukan Islam (gereja) ini. Cadangan ini akan dilaksanakan pada waktu yang bersesuaian dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan yang berkuatkuasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.