Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
45) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM BAGI KAWASAN KOTA DAMANSARA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah rumah ibadat bukan islam yang berdaftar bagi kawasan Kota Damansara mengikut agama?
Untuk makluman Yang Berhormat, data mengenai rumah ibdat bukan Islam dan sumbangan yang telah diberikan adalah mengikut daerah. Jumlah rumah ibadat selain Islam yang berdaftar mengikut agama bagi daerah Petaling adalah seperti berikut:
BIL JENIS RUMAH IBADAT MENGIKUT AGAMA JUMLAH 1 Tokong 126 2 Kuil 93 3 Gereja 91 4 Gurdwara 10 JUMLAH KESELURUHAN 320 -
Senaraikan rumah ibadat bukan islam yang berdaftar berserta alamat, nama pengerusi dan no. tel bagi kawasan Kota Damansara.
–
-
Berapakah sumbangan yang telah diberikan oleh kerajaan negeri atau MBI kepada rumah ibadat bukan islam di Kota Damansara bagi tahun 2018-2024?
Jumlah sumbangan oleh Kerajaan Negeri kepada rumah ibadat selain Islam melalui Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (LIMAS) bagi daerah Petaling dari tahun 2020 sehingga 2024 adalah seperti berikut:
BIL TAHUN JUMLAH (RM) 1 2020 1,368,000.00 2 2021 1,881,700.00 3 2022 1,483,420.00 4 2023 1,901,248.00 5 2024 1,316,556.00 JUMLAH KESELURUHAN 7,950,924.00