Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
240) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah rumah ibadat bukan Islam yang ditolak permohonan tukar syarat tanah daripada pertanian kepada bangunan (rumah ibadat bukan Islam) sejak 2008;
Sebanyak 1 permohonan tukar syarat tanah daripada pertanian kepada bangunan (rumah ibadat bukan Islam) yang ditolak sejak tahun 2008.
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk membantu pemilik yang telah membina bangunan rumah ibadat bukan Islam di atas tanah kegunaan pertanian.
Kerajaan Negeri membantu pemohon mengubah syarat tanah dan premium tukar syarat di kenakan sebanyak RM 1,000.00 perhektar (mengikut Kaedah Tanah Selangor). Walau bagaimanapun, ianya tertakluk kepada zoning kawasan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.