Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
256) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang membantu kuil, tokong dan gereja yang lebih 100 tahun diwartakan sebagai bangunan warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005? Jika ya, nyatakan butir-butirnya
Merujuk Garis Panduan Berhubung Hal Ehwal Selain Islam Dan Peranan Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam Negeri Selangor, setiap bangunan keagamaan selain Islam yang berusia lebih daripada seratus tahun yang dibina di atas tanah persendirian mahupun tanah kerajaan harus diiktiraf sebagai bangunan bersejarah bagi mengelakkan berlaku sebarang pencerobohan berpandukan Akta Antikuiti 1976.
Bersama ini disertakan senarai Bangunan keagamaan yang telah diwartakan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 yang di dalam simpanan pihak PADAT seperti di lampiran 1.
-
Nyatakan jumlah peruntukan yang telah diberikan kepada kuil, tokong dan gereja di daerah Hulu Selangor sejak 2008.
Jumlah peruntukan yang telah diberikan kepada kuil, tokong dan gereja di daerah Hulu Selangor sejak 2008 adalah seperti di jadual:
TAHUN
PERUNTUKKAN (RM) TOKONG KUIL GEREJA LAIN- LAIN
JUMLAH 2008 – – – – – 2009 – 40,000 15,000 – 55,000 2010 – 150,000 – – 150,000 2011 50,000 85,000 10,000 – 145,000 2012 70,000 40,000 – – 110,000 2013 – 30,000 – – 30,000 2014 133,500 70,000 30,000 – 233,500 2015 241,900 205,000 – – 446,900 JUMLAH 1,170,400 -
Senaraikan tapak kuil, tokong dan gereja di daerah Hulu Selangor yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam sejak tahun 2008.
Jumlah tapak kuil, tokong dan gereja di daerah Hulu Selangor yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam sejak tahun 2008 adalah sebanyak 14 tapak. Senarai tapak berkenaan adalah seperti di lampiran2