Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
190) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri membantu pemilik tanah Rumah Ibadat Bukan Islam yang menghadapi masalah memohon kebenaran merancang kerana tapak permohonan tidak selaras dengan 'zoning' yang ditetapkan dalam rancangan tempatan PBT?
Kerajaan Negeri tiada halangan terhadap cadangan permohonan kebenaran merancang bagi cadangan Rumah Ibadat Bukan Islam sekiranya kegunaan tapak cadangan yang dikemukakan selaras dengan Rancangan Tempatan PBT yang berkaitan.
Pertimbangan bagi meluluskan pembinaan rumah ibadat baru, pihak PBT negeri Selangor mengikut Garispanduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor yang merangkumi perkara-perkara berikut :
- Keluasan tapak minimum : Tidak melebihi 0.5 hektar dan kawasan litupan bangunan antara 40% hingga 60%
- Tadahan penduduk : 5,000 penduduk / 1 tapak atau 2,600 penganut
- Anjakan bangunan : 40 kaki dan 20 kaki
- Perimeter Planting : 10 kaki disekeliling tapak
- Laluan Keluar Masuk : Minimum 40 kaki
Di dalam Garispanduan Berhubung Hal Ehwal Selain Islam dan Peranan Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam Negeri Selangor telah menetapkan untuk memberikan keluasan melebihi 10,000 kaki persegi bagi pembinaan Rumah Ibadat Bukan Islam. Penentuan jenis banguinan keagamaan Selain Islam adalah ditetapkan mengikut komposisi kaum.
Sekiranya permohonan tidak selaras dengan zoning yang ditetapkan, permohonan ini akan dibawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam untuk mendapat ulasan daripada Jabatan Teknikal yang terlibat sebelum Jawatankuasa membuat keputusan mengenai tapak rumah Ibadat berkenaan.