Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

106) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan jumlah tanah diserah dan bantuan kewangan untuk rumah ibadat bukan islam mengikut setiap agama dan di setiap DUN dari tahun 2023 hingga 2024.

    Jumlah bagi tanah yang telah disokong melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (LIMAS) untuk diwartakan bagi kegunaan rumah ibadat bukan Islam pada tahun 2023 dan 2024 di setiap daerah adalah seperti di LAMPIRAN A. Manakala data bantuan kewangan bagi rumah ibadat mengikut agama dan daerah bagi tahun 2023 hingga 2024 adalah seperti di LAMPIRAN B.

  2. Bagaimana dan apakah kriteria untuk mengenal pasti tanah yang sesuai bagi rumah ibadat bagi agama bukan Islam?

    Tanah yang telah diperuntukkan bagi kegunaan rumah ibadat bukan Islam adalah tanah yang telah dibangunkan oleh pemaju dan diserahkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) setelah selesai pembangunan dalam kawasan tersebut. Tiada kriteria yang khusus bagi menentukan tapak rumah ibadat bukan Islam dalam satu-satu kawasan pembangunan tersebut, dan penentuan lokasi adalah mengikut kesesuaian pembinaan rumah ibadat di atas tapak tersebut.