Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
210) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan jumlah rumah ibadat bukan Islam yang telah memperoleh kelulusan mengikut pecahan PBT daripada tahun 2008-2009.
Sehingga Disember 2009, sebanyak 78 permohonan pelupusan tanah bagi rumah-rumah ibadat telah diluluskan di dalam Mesyuarat Hal Ehwal Selain Islam Negeri Selangor. Berikut adalah pecahan mengikut daerah:-
PTD
2008
2009
Kuil Tokong Gereja Kuil Tokong Gereja Petaling
9
1
3
5
1
1
Klang
7
7
–
2
1
–
Gombak
3
–
–
2
–
2
PTD
2008
2009
Kuil Tokong Gereja Kuil Tokong Gereja Gudwara Sepang
1
2
– 1
– – –
Hulu
Langat
2
4
4
2
– – –
Hulu
Selangor
–
– – 4
– – 3
Sabak
Bernam
–
1
– – 1
1
–
Kuala
Langat
2
1
2
– 2
– –
JUMLAH
24
16
9
16
5
4
3
-
Senaraikan jumlah peruntukan yang telah diberikan kepada rumah ibadat bukan Islam daripada tahun 2007-2009.
Kerajaan Negeri telah mengagihkan sebanyak RM 8,095,900 juta dari tahun 2007 hingga 2009 untuk rumah ibadat selain Islam. Peruntukan ini diagihkan kepada setiap rumah ibadat selain Islam yang memohon. Peruntukan ini juga adalah untuk tujuan baik pulih bangunan sedia ada, pendidikan keagamaan dan sumbangan bagi tujuan pemindahan/dirobohkan. Berikut adalah pecahan peruntukan mengikut tahun:-
Tahun Peruntukan 2007 RM 2,976,900.00 2008 RM 363,500.00 2009 RM 4,755,500.00 JUMLAH RM 8,095,900.00 -
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi memastikan bahawa perancangan tempatan akan mengambil kira keperluan rumah ibadat bukan Islam?
Kerajaan Negeri telah mensyaratkan bagi setiap projek perancangan pembangunan di sesuatu kawasan dengan majoriti penduduk seramai 2600 bukan Islam atau 5000 penduduk secara keseluruhannya perlu disediakan satu tapak sebagai rizab simpanan keagamaan bagi tujuan pembinaan rumah ibadat. Perkara ini telah ditetapkan di dalam Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD).
Sebagai tambahan, Kerajaan Negeri juga telah menetapkan garis panduan berhubung pembinaan rumah ibadat selain Islam di mana, tapak rumah-rumah ibadat tersebut tidak boleh didirikan di sekitar loji kumbahan atau pencawang TNB. Rumah-rumah ibadat tersebut juga tidak boleh didirikan di atas kawasan lapang.