Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
134) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah terkini rumah ibadat bukan Islam yang berdaftar mengikut agama.
Jumlah rumah ibadat selain Islam yang terdapat dalam inventori Kerajaan Negeri adalah sebanyak 1,511 buah. Pecahan mengikut PBT adalah seperti berikut:
PBT TOKONG KUIL GEREJA GUDWARA JUMLAH MBSA 16 53 12 1 82 MBPJ 45 53 37 2 137 MPK 210 138 11 0 359 MPAJ 29 10 22 2 63 MPSJ 8 34 30 0 72 MPS 21 38 0 0 59 MPKJ 117 76 1 1 195 MPSP 27 53 3 0 83 MDKL 30 48 9 1 88 MDHS 20 20 3 5 48 MDKS 81 174 18 2 275 MDSB 42 6 2 0 50 JUMLAH 646 703 148 14 1,511 -
Nyatakan jumlah permohonan rumah ibadat bukan Islam pada 2017 dan jumlah diluluskan.
Jumlah permohonan rumah ibadat selain Islam yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam sepanjang tahun 2017 adalah sebanyak 44 buah. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 33 buah telah disokong untuk pewartaan dan sedang dalam proses pewartaan di peringkat Pejabat Tanah dan Galian Negeri