Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
266) RUMAH IBADAT
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai garis paduan perancangan berkenaan pembinaan rumah ibadat Islam dan rumah ibadat selain Islam?
Kerajaan Negeri menggunakan Garis Panduan Piawaian dan Perancangan Negeri Selangor yang telah diluluskan pemakaiannya di MMKN ke 39/2010 pada 27hb. November 2010 dan disahkan di MMKN ke 40/2010 pada 3hb. November Berikut adalah ketentuan yang disyaratkan di dalam sesebuah pembangunan :
Masjid
Masjid Negeri Masjid Daerah/Jajahan
Masjid Tempatan Hierarki · Pusat Wilayah Negara · Pusat Wilayah
Negeri/ Ibu Negeri
· Pusat Separa Wilayah Negeri · Pusat Tempatan Utama
· Pusat Tempatan Utama · Pusat Pertumbuhan Desa
· Kampung/Kawas
an Perumahan
Tadahan Penduduk (orang)
Negeri
> 500,000 orang
> 20,000 orang
Keluasan Tapak
3 – 5 hek (7.4 – 12.4 ek)
1 – 3 hek (2.5 – 7.4 ek)
1.2 – 2.5 hek (2.9 – 6.2 ek)
Ruang solat
Surau/Madrasah/Musalla Bilik/Ruang Solat Hierarki Kampung/Kawasan Perumahan/ Kejiranan Kecil
– Keluasan Tapak 0.2 hek (0.5 ek)
Minimum 6.1m x 6.1m (20’x20’) (ruang berasingan bagi lelaki (10’x10’) dan perempuan (10’x10’)
Tadahan Penduduk (orang)
500 unit rumah atau 2,500 penduduk – Tempat Ibadat Selain Islam
Tokong Kuil Gereja Lain-lain Keluasan Tapak
Tidak melebihi 0.5 hek (1.2 ekar) dan kawasan lot yang diliputi oleh bangunan adalah di antara 40% – 60%
Tadahan Penduduk (orang)
5,000 penduduk / 1 tapak atau 2,600 penganut / 1 tapak
-
Adakah garis paduan berkenaan dijadikan syarat-syarat dalam setiap Kebenaran Merancang yang diberikan oleh PBT?
Garis paduan berkenaan dijadikan syarat dalam setiap Kebenaran Merancang yang diberikan oleh PBT di mana ia adalah syarat utama yang perlu dipatuhi untuk sesuatu pembangunan dilaksanakan.