Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

126) RUMAH IBADAH BUKAN ISLAM (RIBI) UNTUK DUN RAWANG

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada badan-badan RIBI mengikut nama dalam DUN Rawang bagi tahun 2008-2017.

    Rekod penyaluran peruntukan kepada rumah ibadat rumah Islam (RIBI) tidak dibuat mengikut DUN sebaliknya adalah berdasarkan daerah. Senarai penerima mengikut Daerah Gombak bagi tahun 2009 hingga Oktober 2017 adalah seperti di Lampiran 1 manakala senarai RIBI yang telah diluluskan permohonan pewartaan tanah di dalam Mesyuarat Hal Ehwal Selain Islam di Daerah Gombak dari tahun 2008 hingga tahun 2017 adalah seperti di Lampiran 2.

  2. Senaraikan senarai RIBI yang telah diluluskan permohonan pengazetan tanah RIBI dalam DUN Rawang bagi tahun 2008-2017.

    Sama seperti di SUB(a)

  3. Adakah kawasan lapang yang belum digazetkan boleh diluluskan untuk RIBI khasnya untuk rumah RIBI yang telah dibina dan wujud sebelum 2008 serta senaraikan permohonan penggazetan tanah RIBI yang masih belum diselesaikan untuk DUN Rawang dengan status terkini permohonan?

    Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bil.1/1993 bertajuk Pewartaan Kawasan Lapang dan Kemudahan Awam Sebagai Simpanan Kerajaan dan Penolakan Terus Permohonan-Permohonan Tanah di Kawasan Lapang dan Kemudahan Awam menjelaskan bahawa sekiranya terdapat permohonan bagi pemberimilikan di kawasan berkenaan, maka Pentadbir Tanah Daerah hendaklah menolak terus permohonan tersebut tanpa diproses dengan lebih lanjut lagi. Semua kawasan lapang akan diwartakan di bawah kawalan Setiausaha Kerajaan Negeri dan akan diselenggaran oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Kawasan lapang bermaksud kawasan pemisah, (buffer zone) dan kawasan hijau (green lung).

    Seterusnya, Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bilangan 8/2011 bertajuk Garis Panduan Kegunaan Tanah Untuk Tujuan Rumah Ibadat Bukan Islam di Negeri Selangor menjelaskan tanah yang boleh diwartakan bagi tujuan tersebut adalah tanah kerajaan yang telah terdapat binaan rumah ibadat dan telah diperakukan oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam Negeri Selangor untuk kegunaan rumah ibadat.

    Terdapat satu permohonan penggazetan tanah RISI yang sedang dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa HESI iaitu permohonan pewartaan tanah daripada Pertubuhan Penganut Dewa To Ti Kong, Rawang. Tokong tersebut terletak di atas rizab kawasan lapang dan tidak dipertimbangkan untuk pewartaan. Walaubagaimanapun, pihak Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan tapak ganti yang berhampiran untuk tujuan pemindahan.

Lampiran

Tiada Lampiran.