Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
208) RUMAH GENERASI KEDUA FELDA SG TENGI SELATAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan secara terperinci berapa peratus pembinaan rumah tersebut dan bila tarikh untuk penyerahan kunci kepada pemilik?
Peratus pembinaan kini adalah 85%. Beberapa kerja kemasan bangunan dan kerja infrastruktur seperti kerja jalan, rektikulasi air dan tangki air ditangguhkan kerana kelulusan bekalan air masih belum dapat diluluskan oleh SYABAS. Kelewatan adalah disebabkan menangguhan projek menaikkan taraf Loji Rawatan Air Sungai Tengi oleh FELDA yang mana sepatutnya dilaksanakan pada 2018.
Tarikh penyerahan kunci dijangka pada Jun 2020 ( jika bekalan air interim dibenarkan oleh SYABAS) atau Ogos 2021 ( jika bekalan air kekal diperolehi dengan penyiapan kerja Menaiktaraf Loji Rawatan Air Sungai Tengi yang dilaksanakan oleh pihak FELDA).
-
Nyatakan syarat-syarat untuk memiliki rumah dan berapa harga rumah tersebut
Hasil perbincangan oleh PKNS bersama pihak Felda, telah di persetujui seperti berikut :
- Generasi kepada peneroka FELDA Asal
- Berkemampuan untuk membeli samada secara tunai atau pinjaman bank/institiusi kewangan
- Kesemua nama pembeli akan diproses oleh FELDA mengikut syarat yang telah ditetapkan.
- Nama-nama pembeli yang layak akan dikemukakan oleh pihak FELDA kepada PKNS untuk tawaran.
Harga jualan rumah saiz lot piawai (30’x70’) adalah RM97,000.00