Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
219) RUMAH EXCO SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah rancangan kerajaan untuk Rumah Exco Selangor Seksyen 7 Shah Alam?
Pentadbiran Kerajaan Negeri telah memutuskan supaya Rumah EXCO Selangor di Seksyen 7, Shah Alam disewakan secara terbuka mulai tahun 2009. Walau bagaimanapun Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah memutuskan pada 5 Jun 2013 dan bersetuju supaya kediaman rasmi tersebut (Rumah EXCO) diserahkan kepada Y.B. Ahli MMKN untuk
Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor adalah jabatan yang dipertanggungjawabkan untuk pengurusan dan penyelenggaraan kediaman tersebut.
-
Sila nyatakan berapa kos penyelenggaraan setiap tahun?
Penyelenggaraan Rumah EXCO dikawal selia di bawah Unit Pengurusan Bangunan SUK dan diuruskan oleh syarikat yang dilantik secara sebut harga terbuka. Berikut adalah jumlah kos penyelenggaraan Rumah EXCO bagi tahun 2008 – 2013 :
BIL TAHUN KOS KONTRAK PERKHIDMATAN (RM) KERJA INDEN / LO (RM)
JUMLAH (RM) 1 2008 1,935,000.00 – 1,935,000.00 2 2009 1,685,000.00 – 1,685,000.00 3 2010 1,044,000.00 – 1,044,000.00 4 2011 993,900.00 – 993,900.00 5 2012 335,255.00 – taman 131,760.00 – sekuriti
115,290.00 582,305.00 BIL TAHUN KOS KONTRAK PERKHIDMATAN (RM) KERJA INDEN / LO (RM)
JUMLAH (RM) 6 2013 80,440.00 – taman 131,760.00 – sekuriti
44,665.00 212,200.00 JUMLAH 6,337,115.00 159,955.00 6,497,070.00 Syarikat yang dilantik untuk menyelenggara Rumah EXCO adalah seperti berikut:
BIL SYARIKAT TEMPOH CATATAN 1 Adilob Sdn. Bhd 1 April 2007 hingga 31 Ogos 2009 (RM161,500.00
sebulan)
Penyelenggaraan secara menyeluruh (‘comprehensive’) termasuk membuat pemeriksaan dan membaik pulih segala kerosakan, perkhidmatan pembersihan, penjagaan taman dan kawalan keselamatan. 1 September 2009
hingga 31 Mac 2012 (RM87,000.00
sebulan)
Penyelenggaraan secara tidak menyeluruh (‘non- comprehensive’) iaitu membuat pemeriksaan dan pengujian, perkhidmatan pembersihan, penjagaan taman dan kawalan keselamatan.
2 Nurrul Services Sdn. Bhd 1 April 2012 hingga 31 Mac 2014 (2 tahun) (RM11,380.00
sebulan)
Penyelenggaraaan tidak menyeluruh (non- comprehensive). Hanya melibatkan perkhidmatan pencucian, penjagaan taman dan pengurusan majlis.
BIL SYARIKAT TEMPOH CATATAN 3 Sheriff Security (M) Sdn.Bhd 1 April 2012 hingga 31 Mac 2014 (2 tahun)
RM 263,520.00 (RM131,760.00-
setahun)
Kawalan Keselamatan sahaja.