Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
135) RUMAH EXCO
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan negeri tidak menggunakan rumah exco di Seksyen 7 sebagai kediaman exco. Apakah aktiviti yang digunakan ke atas rumah tersebut?
Terdapat satu (1) buah dewan 10 buah rumah banglo di Kompleks Perumahan Kediaman Kerajaan, Seksyen 7, Shah Alam. Tiga (3) buah rumah banglo masih diduduki YB.Penasihat Undang-undang Negeri Selangor, YB.Pegawai Kewangan Negeri dan sebuah lagi dijadikan pejabat oleh Menteri Besar Incorporated (MBI).
Tujuh (7) buah rumah banglo lagi disewakan untuk kegunaan program-program Kerajaan Negeri dan program-program luar.
-
Berapakah pendapatan yang di perolehi daripada aktiviti tersebut?
Hasil sewaan bagi bulan Januari hingga Disember 2010:
- Dewan : RM8,000.00
- Rumah : RM23,290.00
Hasil sewaan bagi bulan Januari hingga Jun 2011:
- Dewan : RM8,500.00
- Rumah : RM17,170.00
-
Berapakah kos untuk menyelenggara bangunan dan kawasan perumahan tersebut?
Kos penyelenggaraan adalah RM87,000.00 sebulan. Ini bermakna kos penyelenggaraan bagi tempoh setahun berjumlah RM1,044,000.00