Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
55) RUMAH BIDAN KERAJAAN
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai sebarang kuasa dalam pengendalian Rumah Bidan Kerajaan/ Klinik Desa di bawah Selangor? Jika ya, sila nyatakan.
Pengendalian atau pengurusan Rumah Bidan Kerajaan/Klinik Desa adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.
-
Sila senaraikan jumlah Rumah Bidan Kerajaan/ Klinik Desa yang wujud di bawah Negeri Selangor.
Negeri Selangor mempunyai sebanyak 112 buah Klinik seperti berikut:
-
Sekiranya di kawasan ataupun sekitar kawasan DUN tidak mempunyai Rumah Bidan Kerajaan yang mampu menampung keperluan warga Selangor, bagaimanakah kita dapat memohon supaya Rumah Bidan ini ditambah?
Bagi penduduk kawasan dan sekitar DUN Bandar Utama boleh mendapatkan perkhidmatan kesihatan di fasiliti kesihatan di sekitarnya seperti:
- Klinik Kesihatan Kelana Jaya
- Klinik Kesihatan Kota Damansara
- Klinik Komuniti Kaya Ara
- Klinik Komuniti Gugusan Semarak, Kota Damansara