Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

10) RUMAH BANTUAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Lembaga Zakat Selangor telah menyalurkan dana pembinaan rumah bantuan zakat bagi pemohon yang layak. Sila nyatakan dengan jelas apakah syarat kelayakan untuk permohonan?

    Syarat-syarat kelayakan untuk memohon bantuan pembinaan rumah di Lembaga Zakat Selangor (LZS) adalah seperti berikut:

     

    • Termasuk di dalam golongan asnaf fakir, miskin atau

     

    • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang berumur di antara 40 tahun hingga 65 tahun dan sudah berkahwin atau mempunyai

     

    • Tidak mempunyai rumah atau keadaan rumah yang sedia ada uzur/daif dan tidak selamat

     

    • Mempunyai tapak/tanah dengan taraf hak milik sendiri dan mempunyai geran atau mendapat kebenaran bertulis dari tuan tanah yang disahkan melalui akuan sumpah jika nama pemohon tiada dalam

     

    • Mempunyai tapak/tanah hak milik sementara (TOL) yang masih sah atas nama sendiri.
  2. Berapakah jumlah wang hasil kutipan zakat yang telah diperuntukkan untuk program bantuan rumah Zakat ini mengikut daerah?

    Untuk bantuan pembinaan rumah, tidak ada bajet khusus diperuntukkan. Ianya bergantung kepada jumlah permohonan dan keutamaan bantuan ini adalah untuk asnaf fakir, miskin dan mualaf. Berikut merupakan jumlah agihan bagi bantuan pembinaan dari tahun 2010-2013:

     

    Asnaf 2010 2011 2012 2013* Jumlah
    Fakir 5,397,247 2,952,305 3,171,817 3,533,257 15,054,626
    Miskin 6,583,520 6,093,785 5,262,782 9,650,404 27,590,491
    Mualaf 1,544,555 780,750 112,454 773,576 3,211,336
    Jumlah 13,525,321 9,826,840 8,547,053 13,957,238 45,856,452

    Nota: Data sehingga Oktober 2013

  3. Sila nyatakan jumlah permohonan dan rumah yang telah dibina melalui skim ini 2008-2013?

    Berikut adalah jadual bilangan penerima bantuan pembinaan rumah dari tahun 2008-2013:

    Bilangan Penerima Bantuan Pembinaan Rumah Dari Tahun 2008-2013

    TAHUN BILANGAN PENERIMA
    2008 148
    2009 378
    2010 233
    2011 239
    2012 489
    *2013 301

    Nota:

    Data penerima sehingga September 2013

     

Lampiran

Tiada Lampiran.