Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

82) RUMAH BANTUAN KERAJAAN PRIHATIN

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan jumlah penerima Bantuan tersebut mengikut pecahan kaum dan daerah sejak 2012 hingga 2013?

    Permohonan Bantuan Rumah di bawah Program Kerajaan Prihatin adalah terbuka kepada semua kaum warganegara Malaysia. Senarai pemohon yang telah menerima Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin daripada tahun 2012 sehingga tahun 2013 adalah seperti di JADUAL 1. Ia secara tidak langsung menonjolkan Malaysia sebagai Negara berbilang kaum yang bidup bersatu padu di persada dunia. Walaupun mempunyai kepercayaan yang berlainan, kaum di Malaysia masih dapat hidup dengan aman dan damai tanpa membelakangkan kaum

    JADUAL 1

     

     

    JUMLAH BANTUAN PROGRAM KERAJAANPRIHATIN DARI TAHUN 2012 – 2013 MENGIKUT PECAHAN DAERAH DAN KAUM

     

     

     

    BIL

     

     

    DAERAH

    2012 2013  

     

    JUMLAH

    BINA BARU BAIKPULIH BINA BARU BAIKPULIH
    M C I M C I M C I M C I
    1 Klang 2 24 5 7 2 40
    2 Petaling 2 1 2 3 3 2 13
    3 Kuala Langat 20 4 27 2 1 54
    4 Hulu Langat 1 1 1 3
    5 SabakBernam 1 1
    6 Kuala Selangor 1 23 1 21 4 50
    7 Gombak 0
    8 Hulu Selangor 5 3 1 3 4 16
    9 Sepang 0
        7 4 92 74  
    JUMLAH 3 0 4 3 1 0 75 4 13 61 6 7 177

     

    Petunjuk Kaum
    M Melayu
    C Cina
    I India

     

  2. Sila nyatakan apakah kriteria permohonan yang ditetapkan?

    Setiap program penyaluran bantuan oleh Kerajaan Negeri kepada rakyat akan melalui beberapa fasa bagi memastikan penerima permohonan bantuan tersebut adalah benar – benar layak dan memerlukannya. Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin ini telah menetapkan beberapa syarat – syarat kelayakan yang perlu dipatuhi bagi setiap permohonan yang diterima. Syarat- syarat kelayakan memohon Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin ini dengan jelas dan telah dinyatakan di dalam setiap borang Permohonan Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin. Ia dijadikan sebagai rujukan kepada para pemohon serta Ketua Kampung, Penghulu dan Pejabat Daerah yang berkenaan. Setiap permohonan yang diterima akan dinilai dan disiasat oleh Pejabat Daerah berkenaan sebelum dikemukakan kepada pihak UPEN bagi tindakan lawatan dan siasatan susulan kepada rumah pemohon. Hasil siasatan akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Penerima Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin untuk kelulusan.

    Peningkatan di dalam permohonan yang diterima bagi tahun 2012 dan 2013 menunjukkan kepercayaan rakyat Selangor terhadap Program Kerajaan Prihatin dapat membantu dan meringankan bebas seterusnya keluar daripada belenggu kemiskinan.

  3. Sila nyatakan apakah analisis dan perancangan terhadap para penerima khususnya dalam konteks membantu mereka keluar daripada belenggu kemiskinan?

    Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin oleh Kerajaan Negeri Selangor secara khususnya dilaksanakan bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan dan daif untuk keluar dari kepompong kemiskinan bagi meningkatkan taraf hidup mereka dengan memberikan sumbangan berbentuk penempatan yang lebih baik dan selesa untuk didiami. Daripada kajian dan tinjauan pemantauan yang dijalankan, didapati masih lagi ramai rakyat Selangor yang hidup dalam keadaan daif dan miskin. Namun begitu, Kerajaan Negeri di bawah Program Kerajaan Prihatin akan membantu golongan berkenaan dengan pemberian rumah secara percuma kepada mereka yang didapati benar – benar layak. Dengan adanya kediaman yang lebih baik dan selesa ia secara tidak langsung dapat mengurangkan beban kepada keluarga berkenaan terhadap kos sewaan yang semakin tinggi. Justeru, pemohon dapat menggunakan peluang ini untuk mencari pekerjaan yang baik di samping dapat meningkatkan semangat dan taraf kehidupan mereka sekeluarga. Kebanyakan pemohon yang menerima bantuan ini berpuas hati dan berterima kasih terhadap Kerajaan Negeri di atas bantuan yang telah

     

    Oleh yang sedemikian, Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin ini dapat membantu menangani masalah kemiskinan di Negeri Selangor dan meningkat taraf kehidupan mereka. Kerajaan negeri Selangor masih dalam peringkat awal perbincangan untuk membina lebih banyak Rumah Kerajaan Prihatin Secara Berkelompok di atas tanah kerajaan. Daerah yang telah melaksanakan program perumahan secara berkelompok ini seperti Daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Sepang dan Gombak. Susulan daripada kejayaan pembinaan di tempat tersebut, lebih banyak lagi perumahan yang boleh diwujudkan khas bagi membantu golongan miskin dan daif untuk duduki rumah

    secara sementara yang melibatkan semua daerah di Negeri Selangor. Rumah Kerajaan Prihatin Secara Berkelompok ini adalah khusus kepada mereka yang benar – benar memerlukannya dan tidak mempunyai tapak tanah untuk membina rumah baru. Walau bagaimanapun, bantuan rumah ini hanyalah bersifat sementara dan boleh diduduki mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan bagi memberi ruang kepada masyarakat lain yang lebih memerlukannya. Laporan terperinci berkenaan penempatan Rumah Kerajaan Prihatin Secara Berkelompok adalah seperti di LAMPIRAN A.

     

    Manakala syarat-syarat bagi permohonan Kediaman Desa Kasih adalah seperti di LAMPIRAN B

     LAMPIRAN A

    Senarai Kelompok PPRT di Negeri Selangor

    BIL DESA KASIH BIL RUMAH RUMAH DI DIAMI RUMAH TIDAK DI DIAMI STATUS TANAH HEKTAR/ EKAR CATATAN
    1 Desa Ehsan Batu 23 Sg. Nibong 46 45 1 Tanah Kerajaan 15.3 Ekar  
    2 Desa Ehsan Tali Air 13 Sg. Nipah 30 22 8 Tanah Kerajaan 4 Ekar  
    3 Desa Kasih Parit 8 Gambut 26 24 2 Tanah Kerajaan 3 Ekar  
    4 Desa Kasih Parit 7 Sg. Leman 13 13 0 Rizab Jalan JKR 1.5 Ekar  
    5 Desa Kasih Merbau Berdarah 110 105 5 Tanah Kerajaan 21.5 Ekar  
    6 Desa Kasih Parit 8

    ½ Barat

    95 92 3 Rizab Jalan JPS 20.4 Ekar  
    7 Desa Kasih 6 Tebuk Pulai 25 23 2 Rizab Jalan JKR 3 Ekar  

     

    Unit Kerajaan Prihatin/Seksyen Sektoral/UPEN/April 2011                     1

    BIL DESA KASIH BIL RUMAH RUMAH DI DIAMI RUMAH TIDAK DI DIAMI STATUS TANAH HEKTAR/ EKAR CATATAN
    8 Desa Kasih Batu 2 Tebuk Pulai 68 67 1 Rizab Jalan JKR 3 Ekar  
    9 Desa Kasih Tanjung Jawa 15 15 0 Tanah Kerajaan 1.125 Ekar  
    10 Desa Kasih Sekendi ( Jln Tok Dolah) 24 22 2 Rizab Jalan JKR 1.6 Ekar  
    11 Desa Kasih Bagan Nakhoda Omar 36 34 2 Rizab Jalan JKR 3.75 Ekar  
    12 Desa Kasih Sg. Tengar Utara 15 15 0 Tanah Kerajaan 10 Ekar  
    13 Desa Kasih Jalan Hj Atan (Panchang Bedena) 10 10 0 Rizab Jalan JKR 4.5 Ekar  
      JUMLAH 513 487 26   92.68 Ekar  

     

    Unit Kerajaan Prihatin/Seksyen Sektoral/UPEN/April 2011

    BIL DESA KASIH BIL RUMAH RUMAH DI DIAMI RUMAH TIDAK DI DIAMI STATUS TANAH HEKTAR/ EKAR CATATAN
    1 Desa Kasih Kg. Sg. Kajang 50 49 1 Tanah Kerajaan 8.7 Ekar  
    2 Desa Ehsan Simpang 3, Jeram 30 25 5 Tanah Kerajaan 2.2  Ekar  
      JUMLAH 80 74 6 Tanah Kerajaan 10.9 Ekar  

    Unit Kerajaan Prihatin/Seksyen Sektoral/UPEN/April 2011                     3

    BIL DESA KASIH BIL RUMAH RUMAH DI DIAMI RUMAH TIDAK DI DIAMI STATUS TANAH HEKTAR/ EKAR CATATAN
    1 Desa Kasih Serendah 16 15 1 Tanah Kerajaan 0.75 Ekar  
    2 Kg. Melayu Rasa Tambahan 13 13 0 Tanah Kerajaan 2.0 Ekar  
    3 PPRT Ampang Pecah 10 10 0 Tanah Kerajaan 0.25 Ekar  
    4 Kg. Serigala Sg. Selisek 20 19 1 Tanah Kerajaan 2.862 Ekar  
    5 Kg. Jalan Escot, Hulu Bernam 2 1 1 Tanah Kerajaan 0.25 Ekar  
      JUMLAH 61 58 3 Tanah Kerajaan 6.112 Ekar  

    Unit Kerajaan Prihatin/Seksyen Sektoral/UPEN/April 2011

    BIL DESA KASIH BIL RUMAH RUMAH DI DIAMI RUMAH TIDAK DI DIAMI STATUS TANAH HEKTAR/ EKAR CATATAN
    1 Desa Kasih Teluk Merbau 5 5 0 Tanah Kerajaan 2 Ekar  
    2 Desa Kasih Kg. Chemperai 7 7 0 Tanah Kerajaan 2 Ekar  
    3 Desa Kasih Kg. Ampar Tenang 4 3 1 Tanah Kerajaan 0.8 Ekar  
      JUMLAH 16 15 1 Tanah Kerajaan 4.8 Ekar  

    Unit Kerajaan Prihatin/Seksyen Sektoral/UPEN/April 2011

    BIL DESA KASIH BIL RUMAH RUMAH DI DIAMI RUMAH TIDAK DI DIAMI STATUS TANAH HEKTAR/ EKAR CATATAN
    1 Desa Kasih Sg. Chincin 12 11 1 Tanah Rizab JPS 2 Ekar  
      JUMLAH 12 11 1 Tanah Rizab JPS 2 Ekar  

    Unit Kerajaan Prihatin/Seksyen Sektoral/UPEN/April 2011                                                                                                                                  LAMPIRAN B

    PERATURAN-PERATURAN KEDIAMAN DESA KASIH / PENEMPATAN PPRT PROGRAM KERAJAAN PRIHATIN

Lampiran

Tiada Lampiran.