Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
68) RUMAH BANGLO AIR SELANGOR DI EMPANGAN KLANG GATE
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Syarikat Air Selangor menyatakan banglo terbiar milik Air Selangor, jika benar, apakah rancangan Kerajaan ke atas aset negeri yang kini menjadi milik GLC? Sekiranya ada permohonan untuk menjadikannya sebagai perpustakaan di bawah PPAS adakah Kerajaan boleh bersetuju untuk menjayakannya?
Rumah banglo yang beralamat di JBA(G) No. 001, Jalan Kolam Air Lama, merupakan salah satu daripada senarai kuarters kakitangan essential atau penting yang terletak di dalam kawasan jajaran tanah rizab bekalan air (Waterwork Pumping Station Reserve G.N 384-63 Lot 4917 PA23174).
Mengikut perancangan perniagaan Air Selangor, rumah banglo tersebut telah pun disenaraikan di bawah peruntukan Program Baik Pulih Kuarters pada tahun 2022 bagi memenuhi permohonan daripada kakitangan Air Selangor di Wilayah Gombak untuk mendiami kuarters di kawasan tersebut. Anggaran kos pembaikan banglo tersebut sedang diteliti oleh pihak Air Selangor.