Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
7) RUMAH ASNAF FAKIR MISKIN
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah rumah-rumah asnaf yang dibina di Negeri Selangor pada tahun ini dan berapa banyak lagi yang masih menunggu kelulusan dan pembinaan.
Laporan Bantuan Rumah Januari hingga September 2008
Bil Asnaf
Jumlah
Kelulusan
Bantuan
Rumah
Jumlah
Menunggu
Kelulusan
Jumlah Dalam
Proses
Lantikan
Kontraktor
Jumlah
Telah
Siap
1 Fakir/Miskin/Muallaf 420 buah 13 buah 293 buah 114 buah -
Apakah perancangan yang lebih strategi bagi mengatasi masalah tempat tinggal golongan ini di masa depan?
LZS akan terus melaksanakan pembinaan rumah samada berkelompok mahupun bagi
individu dan juga pembelian lot-lot pangsapuri bagi mengatasi masalah kemiskinan di bandar.
Untuk itu, LZS akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan negeri bagi menjayakan
program ini di masa akan datang. LZS akan memastikan penduduk miskin yang tiada rumah
akan diberi bantuan tempat tinggal yang sewajarnya. Bagi golongan yang mempunyai tanah,
rumah baru akan dibina, manakala mereka yang tiada tanah akan ditempatkan di perumahan
berkelompok yang akan ditambah dari semasa ke semasa. Begitu juga bagi mereka yang
tinggal di kawasan bandar, akan ditempatkan di lot-lot pangsapuri yang dibeli oleh LZS. Bagi
mereka yang tinggal di tempat yang mana LZS tidak mempunyai lot pangsapuri, maka LZS
akan menanggung bayaran sewa rumah sehingga mereka mampu membayarnya pula.