Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
234) RUANG PARKIR DI PEJABAT TANAH
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Saya mendapat maklum balas rakan-rakan Ampang yang menyatakan terdapat parkir khas kepada ADN sehingga 10 slot di Pejabat Tanah, bolehkah ia dibuka kepada awam memandangkan ADN tidak kerap ke premis tersebut?
Untuk makluman Yang Berhormat, isu mengenai parkir khas Ahli Dewan Negeri dan Ahli Parlimen ini telah tular di media sosial pada 20 Oktober 2023 yang lepas. Isu ini berkaitan rungutan seorang pelanggan yang berpendapat parkir yang berhampiran dengan pintu masuk kompleks Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat seeloknya diberi keutamaan kepada pelanggan warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) berbanding parkir khas kepada Ahli Dewan Negeri dan Ahli Parlimen yang tidaklah terlalu kerap hadir ke premis ini.
Untuk makluman Yang Berhormat, Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat telah menyediakan ruangan parkir khas OKU kepada pelanggan yang memerlukan. Pada masa yang sama, pelanggan yang membawa warga emas boleh juga drop off dan pick up di hadapan premis dan seterusya meletakkan kenderaan di kawasan parkir awam yang tidak jauh dari pintu masuk.
Walaubagamanapun, Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat telah mengambil maklum aduan yang diajukan dan tiada halangan untuk membuka ruangan parkir yang dimaksudkan kepada pelanggan yang memerlukan (warga emas dan OKU). Pelanggan boleh memaklumkan pegawai atau kakitangan yang bertugas sekiranya ada keperluan mendesak untuk menggunakan parkir khas ini. Tanda parkir khas Ahli Dewan Negeri dan Ahli parlimen akan diletakkan apabila adanya mesyuarat atau program yang melibatkan Ahli Dewan Negeri dan Ahli Parlimen di premis ini.