Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
46) RTB SUNGAI KAPAR KECIL DAN SUNGAI KAPAR BESAR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah peruntukan untuk projek RTB ini dan apakah skop projek di dalam RTB ini?
Kerajaan Persekutuan dalam peringkat kelulusan bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kapar Kecil dan Sungai Kapar Besar di bawah Peruntukan Off Budget dengan anggaran kos sebanyak RM220 juta. Skop projek ini adalah seperti berikut:-
Bil. Skop Kuantiti 1. Kolam Takungan Banjir 4 buah 2. Menaiktaraf Sungai Binjai 15.6 km 3. Pembinaan Ban Banjir 1.05 km 4. Pembinaan Barrage Sg. Kapar Besar dan Sg. Puloh (5 bay x 2 lokasi) termasuk Navigation Lock 2 lokasi 5. Pembinaan Rumah Penjaga Barrage di Sg. Kapar Besar dan Sg. Puloh (1200 kaki persegi kelas G)
1 unit 6. Pembinaan Rumah Pam 2 lokasi 7. Enviromentol Protection Works 8. Menaiktaraf Lintasan Utama Sg. Puloh (7m x 50m) 1 unit 9. Menaiktaraf Jambatan utama JKR di persimpangan Jalan Haji Abdul Manan 1 unit -
Bilakah projek RTB akan dimulakan dan jangka masa akan disiapkan?
Cadangan pelaksanaan projek RTB Sungai Kapar Kecil dan Sungai Kapar Besar adalah secara reka dan bina. Surat Setuju Terima (SST) dijangka dikeluarkan pada Januari 2023 dengan tempoh pembinaan adalah 6 tahun.