Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
2) RODA DARUL EHSAN (RIDE)
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah penerima insentif Roda Darul Ehsan di Selangor. Perincikan mengikut DUN
Inisiatif Roda Darul Ehsan atau RiDE ini telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada Ogos 2020. Inisiatif ini adalah salah satu usaha untuk menggalakkan anak Selangor terutama golongan belia untuk memiliki lesen yang sah. Pada awal pelaksanaan RiDE ini, kita berhadapan dengan kekangan untuk mendapatkan pemohon dan penyaluran dana kepada pemohon akibat pandemik Covid-19 disebabkan proses pengambilan lesen tidak dapat dijalankan oleh kerana kekangan pihak Jalan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan sekolah memandu tidak dapat beroperasi ketika Perintah kawalan Pergerakan (PKP).
Oleh itu, Kerajaan Negeri telah mencadangkan penambahbaikan kepada inisiatif ini dengan memberi subsidi RM 350 kepada pemilik lesen dan tambahan RM 150 kepada penghantar makanan dan barangan atau lebih dikenali sebagai p-hailing serta tambahan RM 70 bagi caruman PERKESO.
Permohonan juga telah dibuka kepada individu yang berumur 18 hingga 40 tahun. Pada Oktober 2021, permohonan yang diterima oleh pihak urusetia adalah sebanyak 8144 dan dengan peruntukan sedia ada berjumlah RM 2 juta, seramai 3227 pemohon yang layak telah dikreditkan subsidi ini ke akaun masing-masing. Berikut merupakan pecahan penerima manfaat ini;
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang memberikan kouta RIDE mengikut DUN?
Kerajaan Negeri Selangor mempertimbangkan cadangan untuk menetapkan kuota pemberian RIDE mengikut DUN. Walaubagaimanapun beberapa perkara harus diperhalusi termasuk demografi disetiap kawasan DUN. Terdapat kawasan DUN yang tidak menyediakan perkhidmatan p–hailing, namun begitu ada juga anak–anak muda yang menyediakan perkhidmatan secara bersendirian. Oleh yang demikian, kuota di kawasan bandar adalah tidak sama dengan kawasan luar bandar. Kerajaan Negeri Selangor akan sentiasa menilai dan melihat perkara ini dari semasa ke semasa bagi memastikan kesamarataan penerima bantuan RIDE kepada anak muda secara menyeluruh.