Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

20) RODA DARUL EHSAN (RIDE) 2020 SUBSIDI PENGAMBILAN LESEN MOTOSIKAL

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah permohonan yang telah diterima dan berjaya?

    Tiada permohonan yang diterima dan berjaya kerana penguatkuasaaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan menyebabkan program RIDE ditangguhkan.

  2. Berapakah jumlah permohonan yang ditolak dan berikan sebab mengapa permohonan tersebut ditolak?

    Setakat ini, tiada saringan diterima dan ditolak kerana Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) belum membuka peluang permohonan.

  3. Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan bagi program tersebut?

    Tiada peruntukan yang dibelanjakan kerana program RIDE masih belum dilaksanakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.