Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

227) ‘ROADMAP’ PELAN MITIGASI BANJIR DI DUN SELAT KLANG

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan pelan sepadu mitigasi banjir dengan mengambilkira penglibatan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan

    Pelan sepadu mitigasi banjir di DUN Selat Klang adalah seperti berikut:

    Kerja Pelan Induk Pengurusan Air Ribut dan Saliran Bandar Klang telah disiapkan oleh perunding HLA pada 2009. Sebanyak 23 tadahan yang melibatkan keluasan 512 Ha dalam bandar Klang telah dikenalpasti punca- punca banjir serta cadangan pelan mitigasi yang melibatkan penglibatan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seperti Pejabat Tanah, Majlis Perbandaran Klang, Lembaga Pelabuhan Klang, Perbadanan Keretapi dan lain-lain.

  2. Sila butirkan progress

    Sebanyak 7 projek sedang dilaksanakan di Daerah Klang seperti RTB Sungai Rasah, RTB Johan Setia, RTB Kg Teluk Menegun, RTB Sungai Aur, RTB Pelabuhan Klang, RTB Sungai Binjai Jalan Hamzah Alang dan RTB Pandamaran.

     

    Bagi kawasan DUN Selat Klang, permohonan RTB Teluk Gadong telah dimasukkan ke dalam RMK-11 dan akan bermula pada tahun 2017. Walau bagaimanapun, JPS Negeri Selangor sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan berkala untuk sistem saliran menggunakan peruntukan mengurus negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.