Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
121) RIZAB TUNAI PBT
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Pecahan jumlah rizab tunai bagi setiap PBT bagi tahun 2020 dan 2021?
Keseluruhan rizab tunai bagi tahun 2020 dan Julai 2021 yang belum diaudit adalah berjumlah RM1,345.77 dan RM1,078.50. Jumlah rizab tunai bagi setiap PBT bagi tahun 2020 dan 2021 adalah seperti jadual berikut:
PBT Rizab Tunai 2020 (Belum diaudit)
(RM JUTA)
Rizab Tunai Sehingga Julai 2021 (Belum diaudit)
(RM JUTA)
MBSA 416.71 252.04 MBPJ 79.00 25.00 MBSJ 118.82 103.44 MPK 166.28 152.69 MPAJ (10.96) (20.15) MPKJ 41.00 30.66 MPS 86.20 92.70 MPSp 336.48 324.09 MPKL 49.67 53.52 MPKS (2.15) 4.79 MDHS 62.11 57.22 MDSB 2.61 2.50 JUMLAH 1,345.77 1,078.50 -
Dari jumlah itu berapa telah digunakan untuk membantu Kerajaan Negeri menghadapi pandemik COVID-19?
Dalam membantu Kerajaan Negeri menghadapi pandemik COVID-19, semua PBT Negeri Selangor telah mengecualikan sewaan bulanan premis bagi 2 bulan tahun 2020 iaitu April dan Mei serta 2 bulan tahun 2021 iaitu Jun dan Julai. Pengecualian sewaan premis ini menyebabkan kehilangan hasil kepada PBT Negeri Selangor yang dianggarkan secara keseluruhan sebanyak RM1.52 Juta Dalam masa sama, PBT telah melaksanakan inisiatif sendiri bagi meringankan beban rakyat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Berikut adalah kos yang dibelanjakan oleh setiap PBT bagi membantu rakyat semasa PKP: PBT Perbelanjaan bantuan Covid-19 Sehingga Julai 2021 (RM) MBSA 563,261.90 MBPJ 343,168.24 MBSJ 276,844.96 MPK 326,046.00 MPAJ 410,000.00 MPS 670,000.00 MPKj 894,000.00 MPSp 788,225.00 MPKL 240,000.00 MPKS 293,045.50 MDHS 389,379.00 MDSB 75,928.15 JUMLAH 5,509,916.75