Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
342) RIZAB TANAH MELAYU YANG HILANG
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah terkini rizab tanah melayu yang hilang mengikut daerah dan DUN di Selangor?
Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara Siri 1 Tahun 2021 (LKAN) mencatatkan sebanyak 10,945.65 ekar Tanah Rizab Melayu Negeri Selangor telah dibatalkan setakat ini adalah seperti dalam jadual berikut:
Bil. Daerah Batal (Luas Ekar) 1. Sabak Bernam 4,486.62 2. Hulu Selangor 1,419.81 3. Kuala Langat 4,849.64 4. Hulu Langat 78.28 5. Sepang 12.58 6. Klang 7.96 7. Gombak 6.67 8. Petaling 84.09 JUMLAH 10,945.65 -
Berapakah jumlah terkini tanah yang telah digantikan sebagai tanah rizab melayu yang hilang mengikut daerah dan DUN di Selangor?
Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, sebanyak 10,945.65 ekar Tanah Rizab Melayu Negeri Selangor telah dibatalkan setakat ini dan Tanah Rizab Melayu yang telah digantikan sebanyak 6366.99 ekar. Keluasan ‘batal’ tersebut termasuklah jumlah keluasan TRM yang dibatalkan sebelum Merdeka. Rekod data TRM adalah dipantau mengikut daerah di Negeri Selangor seperti dalam jadual berikut:
Bil. Daerah Keluasan (ekar) Batal Ganti 1. Sabak Bernam 4,486.62 198.15 2. Hulu Selangor 1,419.81 1,002.00 3. Kuala Langat 4,849.64 4,985.39 4. Hulu Langat 78.28 87.62 5. Sepang 12.58 19.64 6. Klang 7.96 2.36 7. Gombak 6.67 29.00 8. Petaling 84.09 42.83 JUMLAH 10,945.65 6,366.99