Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
166) RIZAB TANAH JPS SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila senaraikan bilangan kawasan perumahan yang dibina di atas tanah rizab JPS
Berdasarkan maklumat Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor, hanya rizab Sg. Klang sahaja yang telah diwartakan di bawah Kanun Tanah Negara 1965 iaitu melalui Warta No. 2004 siaran 5 Jun 2009. Pada masa ini, pihak Kerajaan Negeri belum dapat mengesahkan bilangan kawasan perumahan yang dibina di atas tanah rizab Sg. Klang tersebut kerana kerja-kerja siasatan bagi mengumpul pelbagai maklumat di atas tapak rizab sedang dijalankan oleh pasukan kerja yang dianggotai oleh staf Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Selangor, Pejabat Tanah Daerah Klang, Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor serta jabatan Perancang Bandar dan Desa Selangor.
-
Adakah kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk memberi geran tanah tetap kepada penduduk-penduduk kawasan tersebut kerana mereka telah tinggal di kawasan tersebut melebihi 50 tahun?
Kerajaan Negeri tiada cadangan untuk memberi geran tanah tetap kepada pendudukpenduduk yang menduduki kawasan rizab sungai. Untuk makluman Y.B. tanah rizab sungai tidak boleh dilupuskan secara pemberimilikan.