Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
93) RIZAB SIMPANAN WANG PBT
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan rizab simpanan wang setiap PBT sejak tahun 2007 hingga sekarang
Penyata kewangan PBT bagi tahun berakhir 2014 dalam semakan Jabatan Audit Negara. Secara keseluruhannya, rizab tunai di semua PBT telah meningkat melebihi 100% dibandingkan dari tahun 2007 hingga tahun 2013 iaitu daripada RM-83.25 juta kepada RM626.28 juta.
Butiran terperinci ke semua rizab tunai PBT Negeri Selangor dengan mengambil kira tunai di bank dan simpanan tetap ditolak dengan cagaran, deposit dan tanggungan semasa sejak tahun 2007 hingga tahun 2013 adalah seperti di Lampiran A.