Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

190) RIZAB SIMPANAN WANG PBT

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan perbandingan jumlah rizab simpanan wang semua PBT di Selangor dari 2014-2016.

    Secara keseluruhannya, rizab tunai di semua PBT pada tahun 2015 telah meningkat melebihi 16% berbanding tahun 2014 iaitu daripada RM1,439 juta kepada RM1,672 juta, dalam bentuk tunai dan simpanan tetap. Bagi jumlah rizab tunai PBT tahun 2016, Penyata kewangan tahun 2016 masih dalam penyediaan oleh PBT untuk semakan Jabatan Audit Negara. Butiran terperinci kesemua rizab tunai PBT Negeri Selangor dengan mengambil kira keserataraan tunai ditolak dengan liabiliti semasa sejak tahun 2014 hingga tahun 2015 adalah seperti di Lampiran A.

    LAMPIRAN A

    KEDUDUKAN RIZAB PBT SELANGOR DARI TAHUN 2014 SEHINGGA 2015 YANG TELAH DIAUDIT

    PIHAK BERKUASA TEMPATAN RIZAB TUNAI

    (RM JUTA)

    TAHUN 2014 TAHUN 2015
    MBSA 370.84 401.13
    MBPJ 420.85 411.22
    MPK 28.86 82.89
    MPAJ 92.87 107.91
    MPSJ 128.49 102.52
    MPS 44.77 70.53
    MPKJ 172.84 207.50
    MPSP 133.04 192.29
    MDKS (8.05) 12.17
    MDHS 16.32 43.89
    MDKL 28.77 35.03
    MDSB 9.40 5.88
    JUMLAH 1,439.00 1,672.96

     

  2. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk menambah jumlah rizab simpanan wang di setiap PBT?

    Dalam usaha memperkukuhkan rizab dan sekali gus memberi perkhidmatan yang berkualiti, cepat dan mesra kepada rakyat, Kerajaan Negeri telah menetapkan dasar perbelanjaan berhemah dan kawalan tunai yang berkesan bagi membantu meningkatkan rizab PBT Negeri Selangor melalui belanjawan yang diluluskan. Walau bagaimanapun PBT juga perlu mengawal dan memastikan perbelanjaan yang dikeluarkan seimbang dengan hasil yang berjaya dikutip.

Lampiran

Tiada Lampiran.