Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

206) RIZAB SIMPANAN SELANGOR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah penggunaan rizab simpanan kerajaan negeri yang kini meningkat kepada RM3 bilion?

    a) Rizab kewangan (Kumpulan Wang Disatukan) Negeri Selangor pada 31 Disember 2012 dan 31 Oktober 2013 adalah masing-masing berjumlah RM2,619.44 juta dan RM2,712.85 juta. Adalah menjadi matlamat Kerajaan Negeri Selangor untuk menguruskan kewangan Kerajaan Negeri dengan cekap dan teratur serta mematuhi segala peraturan kewangan yang berkuat kuasa. Ianya penting agar segala dasar, program, projek dan aktiviti yang dirancang bagi pembangunan Negeri Selangor dan kebajikan rakyat Negeri Selangor dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pengurusan perbelanjaan wang awam yang menekankan prinsip ketelusan, keupayaan dan kebertanggungjawaban dalam semua urusan bagi memastikan nilai serta kualiti bagi perbelanjaan yang dikeluarkan dalam semua urusan adalah yang terbaik (value for money). Kerajaan Negeri Selangor akan mendapatkan kelulusan Dewan Negeri Selangor bagi penggunaan rizab negeri untuk projek- projek pembinaan jambatan ketiga Klang sebanyak RM150 juta; pembinaan rumah mampu milik sebanyak RM100 juta; pembinaan sekolah sebanyak RM50 juta; dan pembangunan belia dan keusahawanan sebanyak RM50

Lampiran

Tiada Lampiran.