Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

191) RIZAB PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan rizab semua Pihak BerkuasaTempatan (PBT) bagi 5 tahun yang lalu ?

    Jumlah rizab semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi 5 tahun yang lalu adalah seperti berikut (juta):

     

  2. Apakah pendekatan Kerajaan Negeri baru untuk mengelakkan rizab PBT daripada terus disalahgunakan seperti amalan Kerajaan lama ?

    Bagi mengelakkan Rizab Pihak Berkuasa Negeri dapat ditingkatkan dan tidak disalahgunakan, Kerajaan Negeri menggalakkanPihak Berkuasa Tempatan agar menyediakan cadangan bajet tahunan surplus (Iebihan) di mana hasil yang dikutip oleh PBT tidak dibelanjakan sepenuhnya. Tujuannya adalah untuk membantu PBT untuk meningkatkan lagi jumlah rizab yang ada. PBT dinasihatkan untuk berbelanja mengikut keperluan sahaja dan mengamalkan dasar berjimat cermat bagi memastikan kedudukan kewangan PBT dapat diperbaiki dan dipertingkatkan lagi.

  3. Sila nyatakan apakah langkah-Iangkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mempertingkatkan rizab di semua PBT ?

    Kerajaan Negeri membenarkan Pihak Berkuasa Tempatan mengambil langkah-langkah yang bersesuaian dan dibenarkan seperti yang termaktub di dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 (akta 171) bagi meningkatkan rizab masing-masing. Antara langkah-Iangkahyang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan hasil PBT adalah seperti berikut :

    Antara langkah-Iangkahyang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan hasil PST adalah seperti berikut :

    i. Menggalakkan PST membuat pelaburan ke atas baki tunai di dalam akaun Majlis ke dalam simpanan tetap, unit trust dan wang pasaran.

    ii. Menyasarkan PST meningkatkan kutipan hasil cukai semasa sehingga mencapai 90%.

    iii. Memberi insentif pengurangan kadar denda lewat kepada pembayar
    cukai dengan sasaran untuk meningkatkankutipan cukai tertunggak.

    iv. Menggalakkan PST melaksanakan perbelanjaan berhemah dalam bajet Majlis dengan membelanjakanmengikut keperluan sahaja.

    v. Meminta PST merancang dan melaksanakan langkah penjimatan di dalam bajet dan memastikan perbelanjaan adalah mengikut keperluan dan tidak melebihi peruntukan.

    vi. Meminta PST Mengawal pembaziran kos overhead seperti air, elektrik, penyaman udara, penggunaan kertas dan sebagainya agar dikawal secara serius.

Lampiran

Tiada Lampiran.