Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
99) RIZAB PBT
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan wang rizab yang ada pada setiap PBT di Selangor sehingga 2009.
Dalam konteks Pihak Berkuasa Tempatan, wang rizab boleh ditakrifkan sebagai
rizab tunai iaitu jumlah simpanan yang cair yang akan membolehkan PBT
beroperasi dengan lancar. Rizab tunai PBT adalah jumlah tunai di bank dan di
tangan serta simpanan tetap ditolak dengan jumlah cagaran yang dipegang oleh
PBT tersebut.
Senarai jumlah rizab tunai PBT bagi tahun 2009 berdasarkan Draf Penyata
Kewangan (belum diaudit) adalah seperti Jadual 1 berikut:
JADUAL 1
PBT
TUNAI DI
BANK DAN DI
TANGAN
SIMPANAN
TETAP
CAGARAN JUMLAH RIZAB
TUNAI
(RM JUTA) (RM JUTA) (RM JUTA) (RM JUTA)
(a) (b) (c) d=(a)+(b)-(c)
MBSA 37.44 50.12 122.9 (35.34)
MPBJ 41.08 136 47.39 129.69
MPK 3.14 13.17 51.32 (35.01)
MPAJ 9.75 41.87 10.35 41.27
MPSJ 16.98 63.65 62.45 18.18
MPS 18.04 9.50 36.04 (8.5)
MPKj 107.62 58.79 98 68.41
MPSp 14.58 39.41 21.07 32.92
MDKS 1.02 2.25 8.07 (4.8)
MDHS 6.31 3.02 9.46 (0.13)
MDKL 1.69 23.2 10.18 14.71
MDSB 4.46 8.57 1.87 11.16 -
Bagaimana kerajaan dapat menggunakan wang ini sebaik-baiknya untuk kepentingan rakyat dan negeri?
Demi mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat dan negeri, wang rizab
PBT yang benar-benar merupakan lebihan kepada PBT akan digunakan untuk
memperbaiki kemudahan-kemudahan infrastruktur di kawasan Majlis serta
mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan yang disediakan.