Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

248) RIZAB PBT

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan butiran terperinci rizab PBT seluruh Negeri Selangor ?

    Penyata kewangan PBT bagi tahun berakhir tahun 2014 dalam semakan Jabatan Audit Negara. Walau bagaimanapun jumlah Rizab kewangan PBT setelah mengambil kira liabiliti semasa berdasarkan Penyata Kewangan tahun 2013 yang telah diaudit adalah seperti berikut:

    PBT TUNAI DAN BANK

    (RM JUTA)

    (a)

    SIMPANAN TETAP

    (RM JUTA)

    (b)

    LIABILITI SEMASA

    (RM JUTA)

    (c )

    RIZAB

     (RM JUTA)

    (a+b-c)

    MBSA 20.67 301.70 284.80 37.57
    MBPJ 36.46 365.53 93.74 308.25
    MPK 10.30 29.25 107.70 (68.15)
    MPAJ 30.73 68.41 29.71 69.43
    MPSJ 19.48 185.81 138.26 67.03
    MPS 19.87 82.00 95.86 6.01
    MPKj 30.75 272.02 204.99 97.78
    MPSp 14.18 132.29 62.35 84.12
    MDHS 13.38 26.00 27.80 11.58
    MDKS 6.87 7.00 20.25 (6.38)
    MDKL 1.71 32.00 22.41 11.79
    MDSB 5.19 8.50 5.93 7.75
    JUMLAH 209.59 1,510.51 1,093.80 626.28
  2. Apakah langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang bagi memastikan rizab PBT terus berada dalam keadaan stabil dan kukuh ?

    PBT di Negeri Selangor sentiasa berusaha memperbaiki kedudukan rizab masing-masing. Prestasi rizab PBT dalam tempoh lima tahun terkini telah menunjukkan peningkatan. Langkah-langkah proaktif yang diimplimentasikan oleh PBT untuk memastikan rizab setiap PBT terus stabil dan bertambah adalah seperti berikut:

    • Mempertingkatkan kutipan cukai taksiran dengan menguatkuasakan tindakan di bawah Seksyen 148 Akta 171.
    • Menubuhkan Jawatankuasa bagi memastikan perlaksanaan kutipan dan sasaran hasil dijalankan. Program insentif kepada kakitangan turut diberikan sekiranya mencapai sasaran kutipan hasil yang ditetapkan melalui Jawatankuasa Teras Hasil.
    • Mengadakan kempen bayaran cukai taksiran yang melibatkan kawasan perumahan dan kampung yang tertentu yang mempunyai tunggakan cukai taksiran yang tinggi.
    • Melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan bagi meningkatkan prestasi kutipan hasil. Selain itu, kaedah penjimatan, kawalan bajet dan kawalan kos dipraktikkan dari masa ke semasa bagi menggalakkan jabatan membuat perbelanjaan berdasarkan keperluan dan keutamaan tanpa melibatkan sebarang kos tambahan.
    • Membuat perbandingan faedah yang telah ditawarkan oleh pihak bank bagi memastikan pelaburan simpanan tetap dibuat ke dalam bank yang menawarkan faedah yang kompetetif sahaja.
    • Berusaha mencari hasil-hasil baharu yang membantu menjana pendapatan PBT.
  3. Apakah bentuk insentif yang diberikan kepada PBT yang mempunyai rizab yang stabil ?

    Kerajaan Negeri belum bercadang untuk menyalurkan insentif kepada PBT yang mempunyai rizab yang stabil. Walau bagaimanapun sehingga kini Kerajaan Negeri sentiasa memantau kedudukan kewangan melalui laporan-laporan yang dikemukakan dan belanjawan tahunan PBT.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.