Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

225) RIZAB NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejak negeri Selangor di perintah oleh Pakatan Rakyat rizab negeri Selangor telah meningkat ke RM$1.9 ribu juta pada akhir 2011. Apakah Kerajaan negeri mempunyai rancangan supaya rizab ini di gunakan dan di nikmati untuk rancangan Merakyatkan Ekonomi Selangor.

    Kerajaan negeri tidak mempunyai perancangan yang khusus bagi penggunaan lebihan rizab  tunai kerana lebihan ini adalah bertujuan mengawal kewangan Kerajaan Negeri secara keseluruhannya seperti digunakan bagi menampung perbelanjaan defisit serta dijadikan sebagai perbelanjaan kecemasan atau luar jangka. Walau bagaimanapun, peruntukan rancangan Merakyatkan Ekonomi Selangor telah pun disediakan dan diperuntukkan di dalam Bajet 2012.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.