Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

131) RIZAB MELAYU

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan keluasan dan lokasi rizab Melayu yang belum dibangunkan?

    Jumlah keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) di seluruh Negeri Selangor adalah seluas 407,267.39 ekar. Berdasarkan maklumbalas dari Pejabat Tanah dan Daerah, daripada jumlah keseluruhan TRM tersebut, seluas 369,647.04 ekar tanah yang masih belum dibangunkan. Butiran mengenai TRM yang belum dibangunkan mengikut daerah adalah seperti di Lampiran

    LAMPIRAN A

     

    JUMLAH KELUASAN TANAH RIZAB MELAYU (TRM) YANG BELUM DIBANGUNKAN MENGIKUT DAERAH

     

     

     

     

    BIL.

     

     

     

    DAERAH

     

     

    KELUASAN TRM KESELURUHAN (EKAR)

     

    KELUASAN TRM YANG BELUM DIBANGUNKAN (EKAR)

    1 Klang 23,474.88 23,352.82
    2 Gombak 13,783.67 13,774.84
    3 Sabak Bernam 172,486.64 172,481.45
    4 Sepang 27,851.21 27,783.63
    5 Hulu Langat 33,327.06 33,252.08
    6 Kuala Selangor 56,895.19 56,886.51
    7 Petaling 2,617.88 2,616.95
    8 Kuala Langat 39,577.00 39,498.75
    9 Hulu Selangor 37,253.86 Tiada
      JUMLAH  

     

    407,267.39

     

     

    369,647.04

    KESELURUHAN

    Sumber : Pejabat Tanah dan Daera

  2. Adakah kerajaan negeri memberi jaminan untuk mengganti rizab Melayu yang telah dibangunkan?

    Kerajaan Negeri amat komited dan memandang serius ke atas penggantian tanah-tanah rizab melayu yang telah dibatalkan statusnya. Buktinya, Kerajaan Negeri telah mewartakan tanah seluas 11,904.68 ekar di seluruh Negeri Selangor bagi menggantikan tanah-tanah rizab melayu yang telah dibatalkan, iaitu seluas 11,259.85 ekar. Jumlah ini telah menjadikan keseluruhan TRM terkini di Negeri Selangor berjumlah 407,267.39 ekar, yang mana terdapat peningkatan sebanyak 16% (644.83 ekar) daripada jumlah asal TRM sebelum ini, iaitu 406,622.56 ekar.

     

    Sebagai langkah proaktif ke atas sebarang pengambilan atau pembatalan Tanah Rizab Melayu (TRM) di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) juga telah mengeluarkan Garis Panduan Bagi Urusan Pembatalan dan Penggantian TRM Semasa Pengambilan Tanah Bagi Tujuan Awam Bagi Kegunaan Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Negeri Selangor. Melalui garis panduan tersebut, setiap projek Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang melibatkan tanah- tanah rizab Melayu, proses penggantian Tanah Rizab Melayu akan dibuat secara serentak bersama proses pengambilan bagi projek-projek tersebut bagi memastikan jumlah keluasan TRM di Negeri Selangor dapat dikekalkan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.