Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

362) RIZAB KEWANGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan rizab kewangan PBT Selangor dari tahun 2004 hingga 2024.

    Jumlah rizab tunai PBT Negeri Selangor pada tahun 2023 adalah RM1,859 juta berbanding rizab tunai pada tahun 2004 berbaki negatif RM73.42 juta. Penyata Kewangan tahun 2023 bagi tiga (3) buah PBT iaitu MBSA, MBPJ dan MPHS masih dalam semakan Jabatan Audit Negara. Jumlah rizab tunai tahun 2024 hanya boleh diberikan setelah Penyata Kewangan disediakan oleh PBT selewat-lewatnya pada 30 April 2025. Jumlah rizab tunai PBT Negeri Selangor dari tahun 2004 hingga 2023 adalah seperti jadual berikut:

  2. Apakah cadangan untuk penggunaan rizab ini untuk pembangunan PBT masing-masing?

    Rizab tunai PBT akan digunakan bagi menampung keperluan PBT pada masa kini dan masa hadapan termasuk bagi meningkatkan infrastruktur dan kemudahan awam, pengurusan sisa, digitalisasi perkhidmatan serta pelaksanaan program sosial dan komuniti yang bertujuan memastikan kelestarian dan kesejahteraan masyarakat setempat serta alam sekitar sentiasa terpelihara.

Lampiran

Tiada Lampiran.