Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
289) RIZAB KEWANGAN NEGERI UNTUK PEMBANGUNAN BANDAR PUNCAK ALAM
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berdasarkan kalendar kewangan terkini, apakah status rizab kewangan bagi Negeri Selangor?
Untuk makluman YB Jeram, Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri Selangor sehingga 25 Jun 2024 adalah stabil iaitu berjumlah RM4,445.51 juta yang terdiri daripada Akaun Hasil Disatukan berjumlah RM1,457.17 juta dan Akaun Amanah Disatukan berjumlah RM2,988.35 juta.
-
Dengan purata peningkatan rizab berada pada tahap 10.24% setakat Mei 2024, bolehkah Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk memperuntukkan sebahagian daripada lebihan rizab ini bagi tujuan pembangunan dan penambahan fasiliti awam khasnya di Bandar Puncak Alam?
Untuk makluman YB Dato’, Kerajaan Negeri dalam memperuntukkan sesuatu peruntukan yang meliputi perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan sentiasa berpandukan prestasi kutipan hasil semasa. Ini penting dalam memastikan kemampanan hasil dan kawalan perbelanjaan dibuat tanpa membebankan Kerajaan Negeri.
Kerajaan Negeri juga komited dalam penyediaan dan penambahan fasiliti awam melalui penyaluran peruntukan pembangunan. Sebagai contoh penyaluran yang berkaitan adalah peruntukan kepada:-
i) JKR – membina dan naiktaraf jalan
ii) JPS – membina dan naiktaraf saliran
iii) JAIS – pembinaan institusi keagamaan
Selain itu, penyelenggaraan jalan di seluruh negeri peruntukan juga diterima dari Kerajaan Persekutuan melalui Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (MARRIS).