Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

52) RIZAB KEWANGAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah rizab kewangan negeri terkini?

    Rizab kewangan negeri yang terdiri dari wang tunai dan pelaburan yang dipegang bagi ketiga-tiga Kumpulan Wang Disatukan iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan pada 31 Oktober 2014 adalah berjumlah RM3,328.03 juta dengan perincian seperti berikut:-

  2. Apakah dasar, prinsip dan strategi negeri terhadap simpanan rizab tersebut?

    Seperti Yang Berhormat sedia maklum, rizab kewangan negeri adalah terdiri dari wang tunai dan pelaburan yang dipegang bagi ketiga-tiga Kumpulan Wang Disatukan iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman

    Oleh yang demikian, tidak kesemua rizab Kerajaan Negeri boleh dibelanjakan memandangkan ia adalah juga sebahagian daripada Akaun Amanah Disatukan yang akan digunakan mengikut kehendak undang-undang, akta-akta amanah dan arahan amanah. Lebihan rizab tunai Kerajaan Negeri pada dasarnya adalah bertujuan untuk mengurus kewangan Kerajaan Negeri secara keseluruhan seperti digunakan bagi menampung perbelanjaan defisit, perancangan perbelanjaan pembangunan dan perbelanjaan mengurus, menyediakan peruntukan tanpa perlu mencari sumber lain serta dijadikan sumber bagi perbelanjaan luar jangka.

    Justeru, Kerajaan Negeri berpandangan bahawa ia mestilah dibelanjakan kepada program atau projek yang akan membawa manfaat jangka panjang kepada pembangunan sosioekonomi negeri. Sebagai contoh, Kerajaan Negeri Selangor pada Dewan Negeri Selangor Sidang November 2013 telah meluluskan penggunaan rizab negeri bagi projek-projek pembinaan jambatan ketiga Klang sebanyak RM150 juta dan pembinaan rumah mampu milik sebanyak RM100 juta. Program dan projek yang telah dirangka ini adalah sebahagian daripada rancangan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan lagi pembangunan sosio ekonomi rakyat negeri Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.