Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
37) RIZAB KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan sehingga setakat ini berapakah jumlah Rezab Kerajaan Negeri Selangor?
Secara keseluruhannya, kedudukan semasa kewangan Kerajaan Negeri Selangor pada 31 Oktober 2012 menunjukkan prestasi yang baik dengan lebihan semasa sebanyak RM376.94 juta dan lebihan terkumpul sebanyak RM1,289.69 Lebihan semasa ini adalah berdasarkan hasil yang dikutip sebanyak RM1,575.87 juta adalah lebih berbanding perbelanjaan iaitu sebanyak RM1,198.93 juta. Jumlah wang awam yang terdiri dari wang tunai dan pelaburan yang dipegang bagi ketiga-tiga Kumpulan wang Disatukan iaitu Akaun Hasil Disatukan, Akaun Amanah Disatukan dan Akaun Pinjaman Disatukan pada 31 Oktober 2012 adalah berjumlah RM2.57 bilion. Wang awam yang berjumlah RM2.57 bilion adalah terdiri daripada wang tunai sebanyak RM546.11 juta dan pelaburan sebanyak RM2,028.11 juta.
-
Sila senaraikan butiran terperinci secara perbandingan kedudukan jumlah Rizab di kalangan Negeri-negeri sehingga bulan September 2012?
Perbandingan kedudukan jumlah Rizab di kalangan negeri-negeri Penyata Kewangan Tahun 2011 yang telah diaudit adalah seperti jadual di bawah:
NEGERI
AKAUN HASIL DISATUKAN
KUMPULAN WANG DISATUKAN
RM JUTA RM JUTA JOHOR (319.29) 450.50 KEDAH (295.84) 252.36 KELANTAN (438.43) 234.47 MELAKA 3.44 60.91 PAHANG 125.91 453.21 PERAK 571.55 780.73 PERLIS (173.33) 52.41 PULAU PINANG 710.81 1,133.75 SABAH 3,328.37 2,664.00 SELANGOR 912.75 1,944.00 TERENGGANU (233.49) 103.74 Sumber : Laman Web Jabatan Audit Negara Malaysia
-
Sila nyatakan apakah faktor utama yang mendorong kepada peningkatan jumlah Rizab Negeri Selangor sejak 4 tahun yang lalu?
Antara faktor-faktor peningkatan rizab Negeri Selangor (lebihan terkumpul Akaun Hasil Disatukan) adalah disebabkan oleh pengurusan kewangan yang cekap serta prestasi kedudukan kewangan sebenar yang baik pada tahun 2010, 2011 dan 2012.
Pengurusan kewangan yang selaras dengan prinsip ketelusan, integriti dan kebertanggungjawaban serta akauntabiliti di dalam perolehan Kerajaan Negeri telah dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan serta penjimatan kos.
Prestasi kutipan hasil Kerajaan Negeri yang baik pada tahun 2010 dan 2011 telah menyumbang kepada peningkatan Akaun Hasil Disatukan Kerajaan Negeri. Pada tahun 2010 kutipan hasil Kerajaan Negeri adalah sebanyak RM1,571 juta. Secara perbandingan kutipan hasil tahun 2010 dengan tahun 2011 pula, prestasi kutipan hasil keseluruhan berakhir 31 Disember 2011 mengalami peningkatan berjumlah RM62.50 juta, iaitu 3.97% berbanding kutipan pada tahun 2010. Manakala prestasi kutipan hasil Kerajaan Negeri sehingga 31 Oktober 2012 adalah berjumlah RM1,575.87 juta iaitu meningkat sebanyak 29.03% atau RM354.55 juta berbanding kutipan untuk tempoh yang sama pada tahun 2011.